MILAN, 7 OKT – Gonzalo Higuain meledak gol kemenangan ketika Juventus mencipta kekalahan pertama Inter Milan dalam Serie A musim ini dengan kemenangan 2-1 yang membantu juara bertahan itu kembali ke puncak carta, awal pagi tadi.
Pemain gantian Higuain merembat masuk pada minit ke-80 selepas rakan senegara dari Argentina, Paulo Dybala membuka tirai jaringan pada minit keempat di San Siro.
Seorang lagi penyerang Argentina, Lautaro Martinez menyamakan kedudukan buat Inter menerusi sepakan penalti pada minit ke-18, namun jurulatih Antonio Conte kalah pertembungan pertama menentang
bekas kelabnya sejak meninggalkan Juve untuk mengemudi pasukan kebangsaan Itali pada 2014.
Juventus melonjak satu mata di depan Inter selepas tujuh perlawanan ketika mereka menyasarkan untuk meraih kejuaraan kesembilan berturut-turut dan yang pertama di bawah jurulatih Maurizio Sarri.
“Merampas kedudukan tangga teratas tidak begitu penting ketika ini,” kata Sarri, bekas bos Chelsea. – AFP



































