Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Juve lega ketepikan Bologna

    MILAN, 3 OKT – Juventus mengetepikan Bologna 3-0 kelmarin sekali gus mengurangkan masalah mereka ketika Atalanta meneruskan permulaan diimpikan dalam Serie A menerusi kemenangan 1-0 mengatasi Fiorentina yang membolehkan mereka sama mata dengan pendahulu, Napoli.

    Kemenangan ketiga dalam liga musim ini mengatasi lawan kerdil mengurangkan sedikit persoalan mengenai masa depan Massimiliano Allegri sehingga sekurang-kurangnya minggu depan apabila mereka akan berdepan juara bertahan, AC Milan.

    Mereka kini di kedudukan ketujuh, tujuh mata di belakang Napoli dan Atalanta hasil jaringan pembukaan Filip Kostic dan dua lagi menerusi Dusan Vlahovic dan Arkadiusz Milik.

    “Kami tidak menang perlawanan selama sebulan, ketika kami kembali ke bilik persalinan, kami hampir tidak percaya,” kata Allegri kepada DAZN.

    “Kami perlu melaluinya satu persatu, saya harap dapat mengurangkan jurang seperti yang kami lakukan musim lalu.”

    Sebelum berdepan Milan, mereka akan menanti kunjungan Maccabi Haifa awal pagi Khamis ini dengan kemenangan berdepan lawan dari Israel itu akan mencerahkan harapan layak ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara.

    Penyokong kelab terbesar di Itali itu tidak memenuhi Stadium Allianz dekat Turin dan mereka tidak gembira dengan kemenangan di laman sendiri berdepan Bologna, yang berada satu mata di atas zon penyingkiran dan tidak menunjukkan peningkatan sejak menggantikan Sinisa Mihajlovic dengan Thiago Motta awal bulan ini. – AFP

    Reaksi penyerang Juventus Arkadiusz Milik setelah terlepas peluang gol dalam perlawanan menentang Bologna di stadium Juventus di Turin pada 2 Oktober 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...