Juve menang mudah, kukuh kedudukan liga

ROM, 1 JULAI – Juventus mengekalkan kelebihan empat mata di tangga teratas Serie A setelah meraih kemenangan 3-1 menentang Genoa pada perlawanan semalam, membuatkan Lazio terus mengejar Juventus meskipun mereka kembali dengan kemenangan di Torino.

Tiga jaringan individu masing-masing dijaringkan oleh Paulo Dybala, Cristiano Ronaldo dan Douglas Costa sekali gus menjatuhkan Genoa dalam kedudukan bahaya di zon penyingkiran dan membuka peluang yang cerah buat Maurizio Sarri untuk meraih gelaran liga kesembilan Juve pada musim pertamanya sebagai jurulatih.

Andrea Pinamonti menjaringkan gol saguhati dengan berbaki 14 minit perlawanan untuk pasukan tuan rumah, Genoa hanya mempunyai satu mata di atas zon penyingkiran dengan Lecce yang berada di tangga ketiga tercorot yang bakal menentang Sampdoria pada Rabu ini.

Jaringan Pinamonti tersebut adalah gol pertama Juve dibolosi sejak tewas di Lyon pada akhir Februari lalu, tetapi itu tidak cukup untuk menghentikan mereka untuk mengejar sebagai juara liga berturut-turut.

“Itu adalah usaha pasukan yang baik dan kami menjaringkan tiga gol yang cemerlang,” kata Sarri.

Reaksi Cristiano Ronaldo ketika meraikan jaringannya bersama Paulo Dybala semasa perlawanan Serie A antara Genoa dan Juventus semalam di Stadium Luigi-Ferraris, Genoa. – AFP

“Pasukan telah pulih dengan baik setelah kekecewaan kekalahan dalam final Piala Itali.”

Kemenangan di Stadium Luigi Ferraris menunjukkan kekuatan yang dimiliki dari pasukan Sarri.

Dybala memimpin pasukannya di minit ke-50 perlawanan.

Ronaldo, yang kembali menemukan rentak permainannya setelah liga kembali semula dari penutupannya akibat COVID-19, menunjukkan bahawa dia kembali ke tahap terbaiknya apabila berjaya menjaringkan gol tujuh minit kemudian.

Pemain gantian Costa kemudian memastikan jaringan kemenangan buat pasukannya di minit ke-73 perlawanan. – AFP