Juve mungkin tampil tanpa aksi Dybala

MILAN, 28 JULAI – Penyerang Argentina dan Juventus, Paulo Dybala berkemungkinan besar terlepas untuk perlawanan kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara menentang Lyon pada 7 Ogos ini selepas juara Itali itu mengesahkan bahawa dia mengalami kecederaan di bahagian paha.

Kedua-dua pemain sayap kanan, Dybala dan pertahanan kanan, Danilo, terpaksa dikeluarkan ketika Juventus melengkapkan gelaran liga kesembilan berturut-turut mereka dengan kemenangan 2-0 ke atas Sampdoria di Turin pada perlawanan baru-baru ini.

Juventus mengatakan bahawa ujian Dybala semalam menunjukkan beliau mengalami kekejangan otot rektus femoris di paha kirinya. Keadaannya akan dinilai dari hari ke hari.

Jenis kecederaan itu biasanya memerlukan masa pemulihan antara 10 hari sehingga dua minggu.

Dybala akan terlepas dalam dua perlawanan terakhir Juventus menentang Cagliari dan Roma minggu ini dan berisiko untuk perlawanan menentang Lyon di Turin, ketika mereka perlu mengejar mata setelah ketinggalan 1-0 dari perlawanan pusingan pertama di Perancis.

Reaksi penyerang Juventus Paulo Dybala, ketika meninggalkan padang selepas mengalami kecederaan semasa perlawanan Serie A antara Juventus dan Sampdoria di Stadium Allianz di Turin, Itali, pada 26 Julai. – AP

Pemain berusia 26 tahun itu menjadi pemain utama buat pasukan Maurizio Sarri musim ini dengan menjaringkan 17 gol dalam semua pertandingan, termasuk 11 gol di liga.

 

“Cristiano Ronaldo dan Dybala membuat perbezaan,” kata Sarri.

“Kemenangan liga ini sebahagian besarnya juga atas usaha mereka.”

Namun, pemain pertahanan kanan, Danilo, kecewa setelah mendapat ujian negatif dan akan terlepas kesemua baki perlawanan musim ini.

Douglas Costa juga akan terlepas perlawanan kelompok 16 terakhir selepas penyerang Brazil itu mengalami kecederaan paha kanan minggu lalu.

Costa adalah penyerang penting dalam skuad Sarri walaupun beliau mengalami sedikit masalah kecergasan yang tidak konsisten, di mana pemain berusia 29 tahun itu sering dibawa sebagai pemain gantian yang memberi impak pada separuh masa kedua.

Juventus menyasarkan gelaran ketiga Liga Juara-Juara dan pertama sejak tahun 1996, setelah merangkul naib juara tujuh kali, yang terakhir pada tahun 2015 dan 2017. – AFP