Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Juve, Sampdoria berkongsi mata

    ROM, 23 OGOS – Juventus terikat tanpa jaringan menentang Sampdoria kelmarin, sementara Chris Smalling memberikan kemenangan untuk Roma 1-0 ke atas Cremonese untuk meneruskan rekod dua kemenangan daripada dua perlawanan.

    Pasukan kendalian Massimiliano Allegri gagal mencipta peluang menentang Sampdoria yang bermain dengan baik di Stadio Luigi Ferraris, di Genoa.

    Peluang paling hampir untuk meraih mata penuh adalah ketika rembatan rendah Adrien Rabiot disahkan ofsaid, pemain antarabangsa Perancis itu memulakan perlawanan susulan perpindahannya ke Manchester United gagal pada minggu ini.

    Filip Kostix juga menguji kehebatan Emili Audero pada masa penamat namun tidak banyak ancaman yang diberikan daripada pasukan yang menyasarkan merampas gelaran liga selepas menamatkan kedudukan di belakang AC Milan musim lalu.

    Satu-satunya peluang baik yang dihasilkan pada separuh masa pertama dilakukan oleh Juan Cuadrado pada minit ke-15, namun percubaannya tepat menuju Emil Audero.

    Vlahovic jarang menyentuh bola dalam 45 minit pertama dan kecewa kerana pemain Colombia itu tidak membuat hantaran.

    Pemain kelahiran Serbia, Vlahovic, memulakan perlawanan pada separuh masa kedua dengan baik, namun percubaannya tersasar.

    Vlahovic turut menyangka dia telah membantu pasukan untuk berada di hadapan apabila Rabiot menyambut hantaran bolanya dan menyudahkan dengan kemas, tetapi pengadil perlawanan Rosario Abisso membatalkan gol tersebut kerana Vlahovic berada di kedudukan ofsaid susulan tinjauan VAR.

    Pemain gantian, Fabio Quagliarell nyaris memberikan penamat yang diinginkan untuk Sampodoria apabila percubaannya tersasar dengan perlawanan berbaki satu minit, namun Audero berjaya menghalang sepakan voli Kostic dan kedua-dua pasukan terpaksa akur berkongsi satu mata. – AFP

    Aksi pemain Sampdoria, Abdelhamid Sabiri dan Westin McKennie dari Juventus bersaing mendapatkan bola semasa pertemuan di Serie A, 22 Ogos. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...