Friday, June 2, 2023
27.4 C
Brunei

    -

    Juve tekad terus intai Pogba

    TURIN, 25 DIS – Juventus dilaporkan mencapai kemajuan rundingan dengan Manchester United dalam usaha membawa pulang pemain tengah, Paul Pogba ke Turin semula menjelang jendela perpindahan Januari ini.

    Menurut laporan media Itali, tawaran sebanyak 60 juta euro bersama tandatangan Emre Can memadai untuk Juve memuktamadkan ‘perjanjian itu dengan segera’.

    Akhbar Itali juga melaporkan Pogba sudah bosan berada di Old Trafford dan amat teruja untuk kembali kali kedua ke kancah Serie A.

    Pogba pertama kali diturunkan dalam kesebelasan utama ketika United diaibkan 0-2 di tangan kelab tercorot liga, Watford Ahad lalu selepas tiga bulan tersisih angkara kecederaan buku lali.

    Kontrak pemain Perancis itu bersama United akan tamat dalam tempoh 18 bulan lagi, ini bermakna United perlu segera melepaskan Pogba untuk meraih sedikit keuntungan atau berdepan kerugian susut nilai jika terus menyimpannya.

    Pogba pindah ke United dari Juventus pada Ogos 2016 dengan rekod termahal dunia £90 juta selepas hanya empat tahun di Itali. Sepanjang di Turin, Pogba membantu Juve menang gelaran Serie A pada setiap musim dan dua kali menjulang trofi Coppa Italia.

    Ketika bersama United, Pogba menjulang trofi Liga Europa dan Piala Liga.

    Bagaimanapun pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer minggu lalu menegaskan bahawa Pogba tidak akan meninggalkan Old Trafford Januari ini. – Agensi

    Pemain Manchester United, Paul Pogba,(kiri), merebut bola daripada pemain Watford, Etienne Capoue semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Watford dan Manchester United, di Stadium Vicarage Road, Watford, England, 22 Disember. – AP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jepun, AS sahkan kerjasama, tentang pelancaran satelit Korea Utara

    TOKYO, 2 JUN - Menteri Pertahanan Jepun, Yasukazu Hamada dan Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin mengesahkan kelmarin bahawa kedua-dua negara akan bekerjasama menentang pelancaran...
    - Advertisment -