Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Juventus bakal bertemu Inter

    TURIN, ITALY, 3 FEB – Piala Itali memberi kelegaan kepada Juventus daripada kemelut yang dihadapi dalam Serie A.

    Gol separuh masa pertama Bremer sudah cukup untuk meletakkan Juventus ke separuh akhir pertandingan dengan kemenangan 1-0 ke atas Lazio semalam, menetapkan pertemuan dengan Inter Milan dalam perlawanan ulangan final tahun lalu.

    Juventus memecah kebuntuan pada akhir separuh masa apabila Bremer mengambil kesempatan daripada kawalan lemah penjaga gol, Luís Maximiano untuk menanduk
    masuk hantaran silang daripada Filip Kostic.

    Juventus memasuki perlawanan itu selepas kekalahan 2-0 di laman sendiri kepada Monza dalam liga. Perlawanan itu didahului dengan keputusan seri menentang Atalanta dan kekalahan besar 5-1 di Napoli.

    Keputusan yang buruk dan penalti 15 mata yang dikenakan bagi pengiraan salah menyebabkan ia hanya 10 mata di atas zon penyingkiran Serie A.

    Bagaimanapun, Juventus telah memenangi Piala Itali dengan rekod 14 kali, dan turut menewaskan Lazio 3-0 dalam liga pada bulan November.

    Perlawanan separuh akhir yang lain menyaksikan Fiorentina menentang Cremonese, yang secara mengejut telah menyingkirkan Roma pada Rabu lalu. Perlawanan separuh akhir dua peringkat akan berlangsung pada bulan April. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...