Juventus gigit jari, CR7 cipta rekod

MILAN, 9 FEB – Penalti lewat Giampaolo Pazzini memberi Hellas Verona kemenangan 2-1 ke atas juara Serie A Juventus pada perlawanan semalam meskipun Cristiano Ronaldo mencipta rekod baharu di Serie A.

Keputusan perlawanan itu bermakna Inter Milan dapat memintas kedudukan Juventus di persada liga jika Inter memenangi perlawanan menentang AC Milan hari ini.

“Kita perlu faham bahawa kemenangan tidak boleh dianggap dengan mudah,” kata jurulatih Juventus, Maurizio Sarri.

“Kita perlu fikirkan konsep untuk meraih kemenangan dan anda perlu berjuang dan mendapatkannya dan memberikan penumpuan semasa perlawanan.

“Pasukan ini telah menang dengan selesa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Pada masa ini kita tidak menyedari bahawa kita tidak mampu membazirkan mata. Ini sesuatu yang kita mesti selesaikan.”

Ronaldo menjadi pemain Juventus pertama yang menjaringkan gol dalam 10 perlawanan berturut-turut tetapi golnya dibatalkan oleh Fabio Borini, kemudian Leonardo Bonucci memberikan sepakan penalti kepada Verona yang diambil oleh Pazzini empat minit sebelum masa perlawanan tamat.

“Bola terasa agak berat,” kata Pazzini, ketika ditanya tentang saat itu.

Ia melengkapkan satu minggu yang mengagumkan untuk pasukan Ivan Juric selepas seri di Milan dan Lazio. – AP

Aksi Cristiano Ronaldo ketika perlawanan bola sepak Serie A antara Hellas Verona dan Juventus di Stadio Bentegodi di Verona, Itali. – AP