Juventus hadapi ujian sengit ketika Serie A kembali

MILAN, 19 JUN – Juara Serie A, Juventus menghadapi ujian sengit dengan hanya satu mata di depan Lazio ketika liga Itali (Serie A) kembali semula hujung minggu ini setelah penutupannya selama tiga bulan.

Kepulangan Serie A tidak dapat difikirkan pada bulan April ketika Itali menghitung kematian akibat koronavirus dalam jumlah ratusan dan 35,000 mangsa disahkan positif di negara itu.

Tetapi keadaan telah bertambah baik dengan adanya protokol kesihatan yang ketat dan semua perlawanan dimainkan di belakang pintu tertutup. Empat perlawanan yang ditangguhkan akan berlangsung pada hujung minggu ini.

Atalanta menjadi tuan rumah menentang Sassuolo di Bergamo Ahad ini dan Inter Milan akan menentang Sampdoria. Torino menjadi tuan rumah bertemu Parma dan Cagliari akan melakukan perjalanan ke Hellas Verona.

Minggu depan semua pasukan akan mempunyai baki 12 perlawanan lagi, bermula dengan perlawanan antara Juventus dan Bologna dan Lazio akan bertandang ke Atalanta pada Rabu depan.

Jurulatih Juventus, Maurizio Sarri tewas pada final Piala Itali menentang Napoli melalui penentuan sepakan penalti, juga tewas di SuperCup Itali menentang Lazio pada bulan Disember lalu. – AFP

Reaksi Jurulatih Juventus, Maurizio Sarri ketika kekalahan pasukannya dalam perlawanan final Piala Itali TIM (Coppa Italia) menentang Napoli, pada 17 Jun di Stadium Olimpik di Rom. – AFP