Juventus hampir ikat Morata

ROM, 22 SEPT – Penyerang Atletico Madrid, Alvaro Morata menjalani ujian kesihatan hari ini menjelang kepulangannya semula ke Juventus, menurut catatan twitter dari kelab juara Serie A itu.

Morata, 27, yang memenangi kejuaraan Itali dua kali ketika dua musim beraksi di Turin dari 2014 hingga 2016, dijangka bersedia untuk menandatangani perjanjian pinjaman selama setahun bernilai AS$11.75 juta menurut laporan akhbar Gazzetta dello Sport.

“AlvaroMorata membuat pemeriksaan kesihatan di Pusat Perubatan J,” menerusi catatan Andrea Pirlo yang disertakan klip video penyerang itu tiba di pusat latihan kelab Turin itu.
Morata beraksi disamping Pirlo semusim sebelum pemain tengah itu menyertai New York City FC pada 2015.

Penyerang Sepanyol itu meledak 27 gol dalam 93 perlawanan buat Juve ketika membantu kelab memenangi kejuaraan berganda domestik dua tahun berturut-turut sebelum menyertai Real Madrid, Chelsea dan seterusnya Atletico.

Penyerang veteran, Gonzalo Higuain meninggalkan Juve untuk menyertai Inter Miami minggu lalu, untuk memaksa Pirlo mencari pilihan di barisan serangan. – AFP

Morata dikatakan bakal menyertai Juve selepas dilihat menjalani ujian kesihatan menjelang kepulangannya semula ke Juve. – AFP