Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Juventus hancurkan harapan Napoli

    MILAN, 7 JAN – Napoli kelmarin terikat seri 1-1 dengan Juventus sekali gus menyebabkan mereka ketinggalan dalam mengejar gelaran kejuaraan Serie A, pada hari yang hangat memperkatakan mengenai koronavirus yang menyelubungi liga.

    Dries Mertens membuka jaringan pada minit ke-23 untuk Napoli, pemain yang telah beraksi dengan baik dalam pertemuan sengit di Stadium Allianz, Turin namun kedudukan gol menjadi seri lapan minit selepas separuh masa apabila Federico Chiesa membuat percubaan melepasi David Ospina.

    Kedua-dua penjaga gol, Ospina dan Wojciech Szczesny mampu untuk menentukan kemenangan dengan aksi menyelamat yang hebat namun intensiti perlawanan akhirnya memaksa keputusan pertemuan sekadar seri.

    Napoli ketinggalan enam mata di belakang pendahulu dan juara bertahan, Inter Milan, yang beraksi dalam perlawanan lebih awal di Bologna, adalah yang pertama daripada empat kelab yang perlawanan terpaksa dibatalkan selepas penganjuran mereka dihentikan oleh pihak berkuasa kesihatan tempatan bagi mengawal penularan jangkitan di kelab.

    Sementara itu, Juventus terlepas peluang untuk memberi tekanan kepada Atalanta di tangga keempat dalam mengejar kedudukan Liga Juara-Juara, apabila mereka ketinggalan tiga mata di tempat kelima setelah bermain lebih satu perlawanan selepas pertemuan antara pasukan yang berpangkalan di Bergamo dengan Torino turut dibatalkan.

    “Kami patut melihat permainan ini dari sisi positif, kerana kami berjaya mendapat mata,” kata jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri. – AFP

    Pemain tengah Juventus dari AS, Weston McKennie (kanan) berebut bola dengan pemain pertahanan Napoli, Amir Rrahmani semasa perlawanan bola sepak Serie A Itali antara Juventus dan Napoli di stadium Juventus di Turin, 6 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...