Juventus mulakan kempen UCL dengan kemenangan

MALMO, 15 SEPT – Juventus memulakan kempen Liga Juara-Juara mereka dengan mencatat kemenangan 3-0 ke atas Malmo awal pagi tadi, yang sangat diperlukan pasukan bagi memperbaiki keputusan musim mereka.

Juventus beraksi dalam perlawanan pembukaan Kumpulan H dengan hanya meraih satu mata dari tiga perlawanan pertama mereka di Serie A namun Malmo ternyata bukan tandingan bagi pasukan pimpinan Massimiliano Allegri, yang meraih kemenangan di

Sweden hasil jaringan daripada Alex Sandro, Paulo Dybala dan Alvaro Morata.

Kemenangan tersebut sekali gus meletakkan Juventus berada di kedudukan teratas Kumpulan H, berkongsi tiga mata dengan juara Eropah musim lalu, Chelsea, yang akan berkunjung ke Turin dua minggu hadapan.

“Kemenangan tersebut akan membawa lebih banyak kejayaan. Tempoh hari kami tewas dalam perlawanan penting selepas kehilangan lima atau enam orang pemain utama, dan hari ini kami bermain dengan baik dalam perlawanan sangat penting,” Morata memberitahu Sky Italia.

“Kami memerlukan perubahan dinamik dan membuatkan pasukan lain merasa bahawa apabila mereka bertemu kami, Juventus adalah pasukan yang sangat sukar untuk dilawan.” – AFP

Reaksi penyerang Juventus, Alvaro Morata meraikan gol selepas menewaskan Malmo di Sweden awal pagi kelmarin. – AP