Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Juventus rai kepulangan Pogba

    ROM, 11 JULAI – Pemain tengah Perancis yang pernah memenangi Piala Dunia, Paul Pogba telah kembali ke kelab Serie A Juventus secara percuma, menurut pengumuman kelab gergasi Itali itu di laman sesawang mereka kelmarin.

    Pemain berusia 29 tahun itu melalui musim pertama yang sangat berjaya di Juventus pada 2012-2016 sebelum Manchester United mendapatkan khidmatnya dengan rekod perpindahan AS$106 juta.

    Menurut laporan, Pogba telah menjalani pemeriksaan kesihatannya pada hujung minggu lalu dan telah menandatangani perjanjian empat tahun yang akan memberinya AS$8.12 juta semusim dengan tambahan potensi dua juta euro dalam bentuk bonus.

    Dia menyertai semula Juve selepas kontraknya dengan Manchester United tamat pada akhir bulan lalu, menandakan berakhirnya tempoh enam tahun yang mengecewakan di England.

    United yang mempunyai prestasi tidak konsisten berada jauh daripada puncak bola sepak Inggeris ketika dia menyertainya. Red Devils tidak memenangi gelaran Liga Perdana dalam tempoh sembilan tahun.

    Liga Europa 2017 dan Piala Liga merupakan pencapaian yang terburuk bagi Pogba di salah sebuah kelab terbesar dunia, terutamanya kerana kedua-duanya berada di bawah kendalian Jose Mourinho.

    Pogba dijangka akan diberikan jersi nombor 10 daripada Paulo Dybala, yang dilihat berpeluang untuk menyertai seteru paling sengit Juve, Inter Milan selepas penyerang Argentina itu dilepaskan oleh gergasi Turin itu.

    Pogba sebelum ini menyarungkan jersi itu pada musim terakhirnya di Juve, mengikuti jejak langkah pemain ikonik seperti Roberto Baggio, Alessandro del Piero, Michele Platini dan Liam Brady. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...