Juventus setuju potongan gaji akibat COVID-19

MILAN, 29 MAC – Juventus mengumumkan bahawa mereka telah memotong gaji pemain dan jurulatih mereka, Maurizio Sarri selepas semua acara sukan di Itali digantung sehingga sekurang-kurangnya 3 April ini akibat pandemik COVID-19.

“Kesan ekonomi dan kewangan yang dicapai adalah positif selepas berjaya menjana kira-kira 90 juta euro (AS$100.5 juta) untuk tahun kewangan 2019/2020,” kata kenyataan kelab.

Lebih 10,000 orang telah meninggal dunia akibat COVID-19 di Itali, lebih tinggi daripada mana-mana negara lain.

Juara Itali, Juventus, yang berada di depan Lazio yang berada di tempat kedua di liga dengan satu mata di Serie A sebelum penggantungan musim ini, mengatakan mereka telah bersetuju untuk pengurangan bagi pembayaran gaji mereka dari bulan Mac hingga Jun ini.

Juve menambah bahawa sekiranya musim dapat selesai pada tahun ini, para pemain boleh mendapat bayaran tambahan pada bulan-bulan tersebut.

“Juventus ingin mengucapkan terima kasih kepada pemain dan jurulatih atas komitmen mereka pada masa yang sukar ini untuk semua orang,” kata Turin.

Pemain di kelab Eropah yang lain juga bersetuju untuk melakukan potongan gaji, termasuk Bayern Munich dan Borussia Dortmund di Jerman.

Begitu juga bintang Juventus dan pemenang anugerah Ballon d’Or lima kali Cristiano Ronaldo dan pemain tengah, Aaron Ramsey, yang menyertai dari Arsenal dalam perpindahan percuma tahun lepas.

Awal minggu ini, menteri sukan Itali, Vincenzo Spadafora berkata dia sangat bimbang bahawa tindakan Serie A untuk kembali bermain semula pada awal Mei nanti. – AFP

Cristiano Ronaldo dan jurulatih mereka, Maurizio Sarri pada perlawanan lalu. Para pemain Juventus bersetuju untuk pengurangan pembayaran gaji mereka dari bulan Mac hingga Jun. -AFP