Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Juventus singkirkan Cremonese

    ROME, 15 MEI – Juventus mengukuhkan tempat kedua dalam Serie A dengan kemenangan 2-0 ke atas Cremonese kelmarin dan Paul Pogba keluar akibat kecederaan semasa perlawanan tersebut.

    Nicolo Fagioli dan Gleison Bremer menjaringkan gol penting yang membawa Juve tiga mata di depan Inter Milan di tangga ketiga dan mengukuhkan harapan mereka untuk mara ke Liga Juara-Juara musim depan.

    Skuad kendalian Massimiliano Allegri itu lapan mata di depan AC Milan di tempat kelima tetapi cita-cita menduduki empat teratas mereka bergantung pada keputusan mahkamah mengenai dakwaan aktiviti perpindahan haram akhir bulan ini.

    Bulan lalu, Juve yang dikenakan potongan 15 mata pada Januari telah dibatalkan, dengan mahkamah sukan tertinggi Itali meminta mahkamah rayuan Persekutuan Bola Sepak Itali untuk menyemak semula keputusan asal mereka.

    Timbul risiko serius hukuman mata baharu boleh menyingkirkan mereka daripada kedudukan empat teratas.

    Ia merupakan musim bergelora bagi Juve dan tiada siapa yang lebih mempersonifikasikan perkara itu selain Pogba, yang digantikan 23 minit sebelum perlawanan kelmarin di Turin dan meninggalkan padang dengan jersi menutup mukanya untuk menyembunyikan kekecewaannya.

    Dia menarik diri dalam kesakitan selepas melakukan hantaran lintang rutin dan mendapat rawatan di atas padang pada paha kirinya. – AFP

    Reaksi Paul Pogba semasa perlawanan bola sepak separuh akhir pertama Liga Europa UEFA pada 11 Mei 2023 di stadium Juventus di Turin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pengawal dari Pakistan tuntut kewarganegaraan

    SYDNEY, 18 APRIL - Perdana menteri Australia hari ini berkata beliau akan mempertimbangkan untuk memberikan kewarganegaraan kepada seorang pengawal keselamatan Pakistan yang cedera dalam...