Saturday, April 19, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Juventus terus buru kejayaan

    MILAN, 26 Okt – Masih lagi merasa segar setelah mengatasi Manchester United di Old Trafford pada pertengahan minggu, Juventus, meneruskan pemburuan mereka bagi gelaran ke lapan berturut-turut dalam Serie A di Empoli esok.

    Cristiano Ronaldo (gambar bawah) mungkin tidak menjaringkan gol menentang bekas majikannya tetapi memainkan peranan penting dalam jaringan kemenangan Paulo Dybala ketika Juventus membuka pendahuluan lima mata ke atas United di tangga teratas Kumpulan H, Liga Juara-Juara.

    Ronaldo menjaringkan gol dalam perlawanan yang berkesudahan seri 1-1 minggu lalu menentang Genoa bagi jaringan kerjaya ke-400 pemain dari Portugis itu dalam lima liga teratas Eropah, menjadikannya pemain pertama untuk mencapai jumlah tersebut.

    Gangguan terhadap dakwaan rogol jelas tidak menjejaskan Ronaldo di atas padang dengan jaringan hujung minggu lalu adalah yang kelimanya sejak meninggalkan Real Madrid menuju Turin.

    Menentang tuan rumah esok yang berada dalam wilayah penyingkiran dengan kekalahan dalam lima dari sembilan perlawanan, Juve berusaha untuk mengembalikan kemenangan selepas Genoa menamatkan lapan perlawanan mereka dalam kejuaraan Itali.

    “Kami sedikit cuai menentang Genoa dan pergerakan kami tidak begitu hebat. Kami perlu memulakan dari permainan ini pada malam ini dan untuk terus bergerak,” kata Giorgio Chiellini di Old Trafford.

    Dengan pemain pertahanan Leonardo Bonucci, dia membantu Juve bagi permainan bersih Liga Juara-Juara ketiga mereka.

    Kedua mereka adalah kuasa yang menggerunkan, dengan bos United, Jose Mourinho memetik: Bonucci, Chiellini, mereka boleh pergi ke Harvard untuk memberikan sebahagian kelas mengenai bagaimana untuk menjadi pemain pertahanan.”

    Ketika ini, Chiellini mendapat ijazah dari Universiti Turin dengan Master dalam bidang pentadbiran perniagaan pada April lalu. Tesisnya? ‘Model Perniagaan Kelab Bola Sepak Juventus dalam Konteks antarabangsa’.

    Jurulatih Massimiliano Allegri dilihat akan meletakkan giliran terhadap skuadnya selepas Manchester tetapi dia masih tidak mampu untuk menghubungi Sami Khedira, Emre Can dan Mario Mandzukic.

    Juve dan Roma, yang menewaskan CSKA Moscow 3-0, adalah dua pemenang Itali dalam Liga Juara-Juara minggu ini, Napoli terikat seri 2-2 di Paris Saint-Germain dan Inter Milan tewas 2-0 di Barcelona. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda