Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Juwan Howard digantung lima perlawanan, pukul pembantu lawan

    LOS ANGELES, 22 FEB – Bekas pemain NBA, Juwan Howard, kini jurulatih Universiti Michigan, telah digantung baki musim bola keranjang kolej kerana menyerang jurulatih lawan selepas tewas.

    Big Ten Conference, di mana Michigan dan Universiti Wisconsin bermain, mengumumkan hukuman tersebut kelmarin, mengatakan ia dicapai melalui perundingan dengan kedua-dua universiti.

    “Telah ditentukan bahawa terdapat pelanggaran yang jelas terhadap Dasar Semangat Kesukanan Big Ten Conference oleh ketua jurulatih bola keranjang lelaki Michigan, Juwan Howard,” kata Big Ten dalam satu kenyataan.

    Howard, yang didenda AS$40,000, akan digantung untuk baki lima perlawanan musim biasa. Dia akan layak untuk kembali ke kejohanan pasca musim Big Ten Conference, yang bermula pada 9 Mac di Indianapolis.

    Ketua jurulatih Wisconsin, Gred Gard didenda AS$10,000 tetapi tidak digantung atas insiden tersebut, di mana Howard akhirnya menyerang penolong jurulatih Wisconsin, Joe Krabbenhoft.

    Dalam hukuman lain yang dikenakan berhubung insiden itu selepas perlawanan Ahad lalu, pemain Michigan, Moussa Diabate dan Terrance Williams II dan Jahcobi Neath dari Wisconsin akan digantung satu perlawanan setiap satu kerana aksi pergaduhan semasa perlawanan. – AFP

    Aksi Juwan Howard mengarahkan pasukannya pada separuh masa pertama dalam perlawanan menentang Purdue Boilermakers di Mackey Arena, Indiana. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...