Saturday, September 23, 2023
30 C
Brunei

    -

    Kabinet baharu Thailand angkat sumpah

    BANGKOK, 5 SEPT – Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin dan 33 menteri kabinetnya mengangkat sumpah hari ini, hampir empat bulan selepas pilihan raya umum berlangsung.

    Srettha mengetuai barisan menteri mengangkat sumpah taat setia di hadapan Raja Maha Vajiralongkorn pada upacara tradisional di Istana Dusit di Bangkok.

    Srettha yang juga menteri kewangan dijangka mengadakan mesyuarat kabinet pada Rabu.

    Kerajaan akan membentangkan kenyataan dasarnya pada sidang bersama parlimen Isnin depan (11 September).

    Dalam ucapan di televisyen selepas majlis angkat sumpah, Srettha berkata pentadbirannya akan menumpukan perhatian kepada usaha menangani keperluan rakyat.

    “Kerajaan ini adalah kerajaan rakyat. Kami adalah wakil rakyat.

    “Kerajaan komited untuk menangani masalah rakyat. Kami akan bekerja tanpa jemu setiap hari untuk mengutamakan keperluan rakyat,” katanya. – Bernama

    Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin bergambar ramai bersama ahli kabinet baharu di Rumah Kerajaan, Bangkok, 5 September. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...