PRAGUE, 19 Jan – Kabinet minoriti Czech, Andrej Babis meletak jawatan semalam, sehari selepas tewas dalam undi yakin apabila para ahli undangan membelakangkan taikun itu yang berdepan dakwaan penipuan subsidi EU.
Presiden Milos Zeman, sekutu Babis yang beliau sendiri akan bertanding bagi perlantikan semula pada 26 hingga 27 Januari, berikrar akan memberikan peluang kedua kepada perdana menteri untuk membentuk kabinet jika dia boleh berunding untuk memenangi sokongan parlimen.
“Kabinet telah meluluskan perletakan jawatannya dan saya akan memohon janji temu untuk menyampaikan perletakan itu sendiri,” Babis memberitahu para pemberita. (Klik di sini untuk berita lanjut)