Kabinet dirombak

Oleh Sim Y. H. dan Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Jan – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan bertitah mengumumkan rombakan keahlian Majlis Mesyuarat Menteri-menteri Kabinet dan beberapa lantikan yang lain yang menyaksikan beberapa orang menteri bertukar portfolio, timbalan menteri dilantik menjadi menteri dan pelantikan setiausaha tetap ke jawatan menteri serta timbalan menteri.

Dalam titah pengumuman yang disiarkan secara langsung di semua saluran televisyen dan radio, Radio Televisyen Brunei, hari ini, sembilan menteri dan empat timbalan menteri baru telah dilantik.

“Beta sendiri berpendapat telah tiba masanya bagi Beta untuk membuat rombakan terhadap lantikan menteri-menteri Kabinet dan timbalan-timbalan menteri yang ada pada masa ini,” titah Baginda.

“Memandangkan peri mustahaknya rombakan sedemikian, maka Beta telah membuat keputusan dan dengan ini mengisytiharkan pelantikan menteri-menteri Kabinet dan timbalan-timbalan menteri yang baru.”

Baginda Sultan bertitah mengumumkan bahawa Baginda menjawat jawatan Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, Menteri Kewangan dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.

KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan bertitah mengumumkan rombakan keahlian Majlis Mesyuarat Menteri-menteri Kabinet dan beberapa lantikan yang lain kelmarin. – Infofoto

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah menjawat jawatan Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.

Sementara itu, Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim telah dilantik sebagai Penasihat Khas dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, di mana jawatan berkenaan adalah bertaraf menteri.

Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman sebagai Menteri Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Setia Haji Ali bin Haji Apong sebagai Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan dan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof sebagai Menteri Pertahanan II.

Sementara itu, Dato Paduka Dr. Haji Mohd Isham bin Jaafar sebagai Menteri Kesihatan, Dato Seri Paduka Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Paduka Dr. Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah sebagai Menteri Kewangan II, Dato Seri Paduka Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohammad Yusof sebagai Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II dan Dato Seri Paduka Haji Suhaimi bin Haji Gafar sebagai Menteri Pembangunan.

Dato Paduka Dr Haji Mat Suny bin Haji Mohd Hussin pula telah dilantik sebagai Menteri Tenaga (Energy) dan Perindustrian, Dato Paduka Haji Hamzah bin Sulaiman sebagai Menteri Pendidikan, Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd Yusof sebagai Menteri Perhubungan, Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ehsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar sebagai Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama.

Datin Dayang Elinda binti Haji C.A. Mohamed pula telah dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman sebagai Timbalan Menteri Kewangan, Datin Paduka Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh sebagai Timbalan Menteri Pendidikan dan Dato Paduka Haji Matsatejo bin Sokiaw sebagai Timbalan Menteri Tenaga (Energy) dan Perindustrian.

Baginda Sultan bertitah bahawa rombakan dan pelantikan berkenaan adalah bermula serta berkuat kuasa pada hari ini, 30 Januari 2018 bagi tempoh selama lima tahun.

“Beta dengan ini juga, sukacita mengisytiharkan bahawa jawatan Mufti Kerajaan dan Peguam Negara adalah sebagai jawatan yang bertaraf menteri.

“Perlu Beta ingatkan bahawa lantikan-lantikan ini adalah amanah, amanah mestilah ditanai dengan penuh setia dan sikap bertanggungjawab. Tidak siapa pun yang boleh mengabaikan amanah kerana amanah itu adalah ibarat perjanjian suci kita dengan Allah S.W.T.

“Untuk akhirnya, Beta tidak lupa merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada mereka yang tidak lagi dilantik dalam rombakan ini atas khidmat dan jasa mereka yang disumbangkan selama ini,” titah Baginda.

Kabinet Baru 2018-2023

Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, Menteri Kewangan dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah

Penasihat Khas dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri

Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong

Menteri Hal Ehwal Ugama

Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman

Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan

Dato Seri Setia Haji Ali bin Haji Apong

Menteri Pertahanan II

Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof

Menteri Kesihatan

Dato Paduka Dr. Haji Mohd Isham bin Jaafar

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Dato Seri Paduka Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud

Menteri Kewangan II

Dato Seri Paduka Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah

Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II

Dato Seri Paduka Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohammad Yusof

Menteri Pembangunan

Dato Seri Paduka Haji Suhaimi bin Haji Gafar

Menteri Tenaga (Energy) dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri

Dato Paduka Dr Haji Mat Suny bin Haji Mohd Hussein

Menteri Pendidikan

Dato Paduka Haji Hamzah bin Sulaiman

Menteri Perhubungan

Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd Yusof

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan

Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ehsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama

Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Datin Hajah Elinda binti C.A. Mohamed

Timbalan Menteri Kewangan

Dato Paduka Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman

Timbalan Menteri Pendidikan

Datin Paduka Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh

Timbalan Menteri Tenaga (Energy) dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri

Dato Paduka Haji Matsatejo bin Sokiaw