Saturday, April 20, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Kabinet HK letak jawatan selepas parti tapas

    HONG KONG, 31 JAN – Seorang menteri Kabinet Hong Kong meletak jawatan hari ini kerana menghadiri majlis hari jadi bersama puluhan pegawai dan ahli parlimen hanya beberapa hari selepas kerajaan menyekat perhimpunan besar bagi memerangi penularan COVID-19.

    “Saya hari ini telah mengemukakan peletakan jawatan saya kepada Ketua Eksekutif dan berhasrat meninggalkan jawatan itu hari ini,” kata Menteri Dalam Negeri, Caspar Tsui dalam satu kenyataan.

    “Sebagai salah seorang pegawai utama yang mengetuai perjuangan antiwabak, saya tidak menunjukkan contoh terbaik menangani wabak baru-baru ini,” katanya.

    Peletakan jawatan Tsui adalah satu tamparan kepada pentadbiran Ketua Eksekutif, Carrie Lam yang masa memegang jawatannya berhadapan kumpulan protes prodemokrasi yang besar dan tindakan keras seterusnya terhadap perbezaan pendapat yang telah mengubah Hong Kong.

    Sambutan 3 Januari lalu di restoran tapas diadakan sempena hari jadi ahli badan penggubal undang-undang tertinggi China, Witman Hung, menjadi satu lagi insiden memalukan Lam kerana kerajaannya melaksanakan dasar ketat ‘sifar COVID-19’ yang serupa dengan Beijing.

    Senarai tetamu itu didedahkan selepas pihak berkuasa kesihatan mengesan orang yang dijangkiti ke parti itu.

    Lebih 200 orang hadir dengan berpuluh-puluh pegawai tinggi kerajaan hadir termasuk polis bandar itu, pegawai imigresen dan ketua pegawai antirasuah serta 20 ahli parlimen. – AFP

    Setiausaha Dalam Negeri, Caspar Tsui semasa sidang media di Hong Kong pada 22 April 2020. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...