Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Kabinet Jepun lulus bajet AS$200 bilion

    TOKYO, 28 OKT – Kerajaan Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida (gambar -AP) hari ini meluluskan satu pakej ekonomi besar termasuklah 29 trilion yen (AS$200 bilion) dalam perbelanjaan untuk mengurangkan bebanan kerajaan ke atas harga tenaga dan makanan yang semakin meningkat.

    Secara global, harga yang semakin meningkat dan mata wang yen yang lemah telah menggandakan kos bagi import, menyaksikan kadar inflasi yang semakin tinggi.

    Pakej rangsangan termasuklah subsidi bagi isi rumah yang dilihat secara meluas sebagai cubaan Kishida untuk meningkatkan populari-tinya yang menjunam.

    Kerajaannya telah digegarkan dengan hubungan rapat parti memerintah, Parti Liberal Demokratik dengan gereja berpangkalan di Korea Selatan, Unification yang timbul selepas pembunuhan bekas pemimpin, Shinzo Abe pada Julai lalu.

    “Langkah-langkah ekonomi adalah untuk menangani kenaikan harga dan mencapai pemulihan ekonomi,” kata Kishida dalam satu sidang media. “Kami akan melindungi kehidupan rakyat, pekerjaan dan perniagaan serta mengukuhkan lagi ekonomi masa depan negara,” tambahnya.

    Sebarang reaksi pasaran terhadap satu lagi limpahan rangsangan kemungkinan besar sudah pun dikira awal minggu ini ketika harga saham jatuh di bursa saham Tokyo, dengan penanda aras Nikkei 225 kerugian 0.9 peratus kepada 27,105.20.

    Jepun kekal menggunakan langkah-langkah fiskal atau perbelanjaan kerajaan untuk menangani cabaran ekonominya. Meskipun bank pusat di seluruh dunia menaikkan kadar faedah secara agresifnya untuk menangani inflasi tinggi berdekad-dekad, kadar inflasi Jepun secara relatifnya adalah sederhana pada 3 peratus dan kebimbangan lebih meluas adalah ekonomi akan terbantut dan bukannya meruap.

    Menurut Kishida, kerajaan akan terus memantau pergerakan dalam kadar pertukaran wang asing.

    Jepun sudah pun menghabiskan berbilion dolar dalam pasaran intervensi dalam usaha menyokong yen dalam beberapa minggu kebelakangan ini ketika mata wangnya merosot ke 32 tahun paling rendah berbanding dolar, lebih daripada 150 yen. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...