Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Kabinet Thai lulus 1.48 bilion baht tangani kenaikan harga barangan keperluan asas

    BANGKOK, 18 JAN – Kabinet Thailand hari ini memperuntukkan 1.48 bilion baht (100 baht = RM12.65) daripada bajet kerajaan pusat untuk membiayai program yang menawarkan barangan keperluan pada harga yang lebih rendah untuk membantu mengurangkan tekanan kos sara hidup.

    Jurucakap kerajaan Thanakorn Wangboonkongchana berkata 3,000 kedai termasuk kedai serbaneka, pusat beli-belah tempatan dan pasar di seluruh negara akan menyertai program selama tiga bulan itu.

    Beliau berkata sekurang-kurangnya 50 unit kedai bergerak juga akan menjual produk pada harga yang lebih rendah kepada komuniti di Bangkok dan wilayah berdekatan.

    “Program ini dicadangkan oleh Kementerian Perdagangan dalam usaha kerajaan untuk mencegah kenaikan harga barangan keperluan.

    “Produk yang diberi diskaun termasuk produk ladang seperti ayam, telur, daging babi dan produk keperluan daripada pembekal borong tempatan,” katanya pada sidang media di sini.

    Tambahnya, agensi berkaitan turut mengambil tindakan menangani kenaikan harga barang bagi mengurangkan beban rakyat.

    Minggu lepas, Bank of Thailand berkata inflasi kekal antara satu hingga tiga peratus tahun ini.

    Di tengah-tengah kekurangan bekalan khinzir di negara itu, harga daging tersebut melonjak kepada lebih 200 baht (RM25.30) sekilogram sejak beberapa minggu lalu. Ia mendorong kenaikan harga keperluan lain seperti daging ayam dan telur. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...