Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    KABSBM: Siri ke-7 kupas gerakan terjemahan Abbasiyah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 APRIL – Seramai 167 orang telah mengikuti pembentangan ketujuh Siri Kongres Antarabangsa Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu Sempena Bulan Bahasa (KABSBM) anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Brunei melalui Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa yang berlangsung secara maya hari ini.

    Hadir sama ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan) di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah; Pemangku Timbalan Pengarah DBP Brunei, Hajah Sariani binti Haji Ishak, para pemakalah dari dalam dan luar negara, rakan-rakan strategik DBP, pegawai-pegawai kanan kerajaan, dan para pencinta bahasa, sastera dan budaya dari dalam dan luar negara.

    Kongres kali ini membincangkan tajuk ‘Gerakan Terjemahan Abbasiyah dan Kebolehsesuaiannya Terhadap Iklim Terjemahan di Negara Brunei Darussalam: Satu Catatan Reflektif’ yang mengupas dengan lebih lanjut mengenai kegiatan penterjemahan di Negara Brunei Darussalam khususnya dalam aspek terjemahan Abbasiyah.

    Siri pembentangan ke-7 itu menampilkan pemakalah dari Universiti Brunei Darussalam iaitu Dr Siti Badriyah binti Haji Mohamad Yusof dengan Ketua Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan, DBP Brunei, Hajah Annisa binti Haji Moksin selaku pengerusi.

    Pemakalah mengetengahkan pembelajaran dalam bidang penterjemahan, terutama sekali dalam melahirkan para penterjemah yang berpengetahuan dan berkemahiran bukan sahaja dalam bidang ilmu dan teknik penterjemahan, tetapi juga dalam membina prasarana atau teknologi yang boleh memudahkan proses tersebut.

    Kongres berkenaan antara lain berobjektif untuk menggabungkan pakar-pakar bahasa, sastera dan budaya di peringkat antarabangsa dan tanah air dalam upaya untuk berkongsi pengetahuan, ilmu, dan gagasan melalui dinamika pengetahuan, pengalaman dan tingkat kepakaran tertentu.

    KABSBM dilaksanakan secara bersiri mulai 16 Mac hingga 22 Jun dengan pembentangan kertas kerja dua kali seminggu, iaitu setiap Isnin dan Rabu.

    Seramai 23 pembentang makalah yang terdiri daripada tiga makalah ucaptama dan 20 makalah iringan dijadualkan untuk membentangkan kertas kerja masing-masing sepanjang KABSBM.

    Penyelenggaraannya dengan tema utama ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ itu turut didukung bersama oleh rakan-rakan strategik DBP iaitu UBD, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Majlis Belia Brunei (MBB), ASTERAWANI Brunei dan Kumpulan Putra Seni (KPS).

    Antara yang mengikuti pembentangan ke-7 Siri KABSBM yang diadakan secara maya, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...