NEW DELHI, 10 Jan – Negeri di utara dan timur India dicengkam gelombang sejuk serta kabus tebal, memetik pegawai jabatan meteorologi hari ini, lapor agensi berita Xinhua.
Antara negeri yang dilanda gelombang sejuk ialah Himachal Pradesh, Rajasthan, Punjab, Haryana, Uttar Pradesh dan New Delhi.
Keadaan berkabus turut menjejaskan perkhidmatan kereta api, dengan 22 perjalanan terpaksa dibatalkan manakala lapan perkhidmatan dijadualkan semula.
Dilaporkan 45 perkhidmatan kereta api untuk perjalanan ke utara juga ditangguhkan.
Pejabat Jabatan Meteorologi berkata, New Delhi mencatatkan suhu minimum terendah 4.2 darjah Celsius, tiga takuk di bawah purata.
Kashmir yang dikuasai India juga dilanda cuaca sejuk dengan suhu pada sebelah malam di bawah 6.2 darjah Celsius.
Di Rajasthan, kecuali daerah barat negeri itu pula, suhu minimum di bawah lapan darjah Celsius dicatatkan kelmarin.
Daerah di negeri Muzaffarnagar diisytiharkan sebagai tempat paling sejuk dengan suhu minimum adalah tiga darjah Celsius.
Menurut pegawai jabatan meteorologi, 18 orang maut di daerah Sitamarhi, Araria, Timur Champaran dan Darbhanga dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Pihak berkuasa negeri itu menutup semua sekolah menengah, kerajaan dan swasta sehingga 13 Januari.
Di daerah Palamu dan Odisha suhu minimum yang direkodkan ialah empat darjah Celsius. – Bernama