Kad merah: Bilic berang

LONDON, 3 Jan – Pengurus West Ham Slaven Bilic menegaskan beliau akan merayu kad merah midfield Sofiane Feghouli dalam kekalahan kontroversi di tempat sendiri menentang Manchester United, kelmarin.

Bilic merasakan pasukannya benar-benar menderita apabila Feghouli dibuang padang kerana cabaran 50-50 dengan Phil Jones selepas 15 minit dalam kekalahan 2-0 menentang pasukan Jose Mourinho pada Isnin, di mana United turut mendapat jaringan Zlatan Ibrahimovic yang kelihatan ofsaid selepas Juan Mata membuka jaringan.

“Sudah tentu dibuang padang memberi kesan besar kepada permainan,” kata jurulatih Croatia yang pasukannya bermain 75 minit dengan 10 orang.

“Saya sangat terkejut. Saya juga tidak akan gembira dengan kuning kerana kedua-duanya bersaing untuk mendapatkan bola. Saya melihat rakaman dan terbukti saya betul.

Reaksi Slaven Bilic ketika pasukannya menentang manchester United di stadium London, kelmarin. – AP
Reaksi Slaven Bilic ketika pasukannya menentang manchester United di stadium London, kelmarin. – AP

“Makin lama saya lihat, perkara sebaliknya dilihat berlaku. Jones yang membuat terjahan lebih berbahaya. Memang bukan kad merah..

“Kami akan merayu dan saya menjangkakan sekurang-kurangnya kami memenangi rayuan itu. Saya amat kecewa jika kehilangannya untuk tiga perlawanan. Tetapi secara peribadi saya tidak menyalahkan pengadil. Saya boleh jadi marah semasa permainan tetapi saya tahu ia tidak sengaja.”

Bilic, bagaimanapun, enggan menekankan teknologi video untuk mengelakkan kesilapan sama berlaku pada masa hadapan.

“Saya tidak mahukan ulang tayang. Teknologi garisan gol cemerlang, tetapi yang lain saya tidak pasti. Saya masih sedikit kuno walaupun saya berada di pihak yang salah kali ini. – AFP