Thursday, May 1, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kad merah: Mourinho naik angin

    LONDON, 14 Mac – Jose Mourinho mengakui bahawa keputusan Michael Oliver mengarahkan Ander Herrera meninggalkan padang telah menjejaskan peluang Manchester United untuk menewaskan Chelsea dalam suku akhir Piala FA yang ‘hangat’ awal pagi tadi.

    Skuad Mourinho telah ditewaskan dengan jaringan tipis 1-0 di Stamford Bridge selepas pemain tengah United Herrera telah diarahkan meninggalkan padang dalam separuh masa pertama atas dua faul ke atas bintang Chelsea, Eden Hazard.

    Cabaran kedua Herrera ke atas Hazard hanya sentuhan lemah, dan sementara Mourinho berhenti sekejap daripada mengkritik Oliver dengan terbuka, dia juga menunjukkan bahawa dia begitu kecewa dengan keputusan itu.

    “Semua orang boleh menganalisa daripada pelbagai persektif berbeza, tetapi kita semua menyaksikan perlawanan sehingga kad merah dan selepas kad merah,” katanya.

    “Jadi kami boleh membandingkan keputusan kedua kad kuning itu, dalam kes ini dengan yang lain tidak pula diberikan.

    Reaksi Ander Herrera (kiri) apabila pengadil Michael Oliver melayangkan kad merah kepadanya dalam aksi suku akhir Piala FA antara Chelsea dan Manchester United. - AP
    Reaksi Ander Herrera (kiri) apabila pengadil Michael Oliver melayangkan kad merah kepadanya dalam aksi suku akhir Piala FA antara Chelsea dan Manchester United. – AP

    “Saya tidak mahu lebih ke arah itu. Michael Oliver merupakan seorang pengadil dengan potensi menakjubkan, tetapi dalam empat perlawanan dia telah memberikan tiga penalti dan satu kad merah (ke atas United).

    “Saya tidak boleh mengubahnya. Saya bersalam dengannya dan mengucapkan tahniah.”

    Pengurus Chelsea, Antonio Conte berang dengan pendekatan agresif United ke atas Hazard, yang menjadi mangsa beberapa terjahan kasar dalam separuh masa pertama dan dipijak oleh Marcos Rojo di separuh masa kedua.

    Conte perlu ditarik jauh daripada Mourinho pada satu ketika di garisan tepi dan dia tidak ragu bahawa Oliver membuat keputusan betul untuk memberikan Herrera kad merah.

    Pemain pertahanan Chelsea, Gary Cahill menuduh United menyasarkan Hazard, berkata: “Kami membuat aduan bahawa kami fikir mereka menyasarkan Eden.

    “Kad merah itu telah memihak kepada kami. Terdapat beberapa faul yang membawa kepada itu, dan adalah bodoh (bagi Herrera) melakukan kekasaran itu.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda