Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Kadar faedah dijangka naik lagi di AS

    WASHINGTON, 18 SEPT – Rizab Persekutuan dijangka melancarkan satu lagi kenaikan kadar faedah besar pada minggu ini selepas data terbaharu menunjukkan gambaran inflasi yang membimbangkan di Amerika Syarikat (AS), yang mengesahkan keperluan bank pusat untuk bertindak secara agresif.

    Harga meningkat telah mendesak inflasi tahunan meningkat ke tahap tinggi 40 tahun, menjejas teruk pengguna dan perniagaan AS, meskipun kemerosotan dalam harga gasolin dalam beberapa minggu ini.

    Laporan harga pengguna yang mengecewakan untuk Ogos, dikeluarkan pada minggu lalu, menunjukkan kos perumahan, makanan dan perubatan terus meningkat. Dan apabila harga makanan dan tenaga yang tidak menentu menjadi tidak terkawal, inflasi juga telah meningkat mendadak.

    Keluarga telah bergelut dengan kenaikan harga barangan dicetuskan oleh permintaan tinggi ketika ekonomi terbesar dunia pulih daripada pandemik di tengah krisis rantaian bekalan. Situasi diburukkan oleh sekatan COVID di China dan kenaikan harga minyak dan makanan berpunca daripada perang Rusia di Ukraine.

    Bukan sahaja isu inflasi tinggi yang membimbangkan penggubal dasar, tetapi juga isu pengguna dan perniagaan yang mula menjangkakan harga meningkat akan menjadi fenomena kekal, sekali gus mencetuskan situasi bergelar stagflasi.

    Kebimbangan tersebut telah mendorong Rizab Persekutuan menambah kadar faedah, dan bukan mengambil langkah biasa dalam jangka masa lebih panjang.

    Kenaikan besar ketiga itu dijangka dilaksanakan pada Rabu ini pada akhir mesyuarat dasar Persekutuan.

    Namun isu yang bakal timbul adalah langkah agresif itu mungkin membawa kemelesetan kepada ekonomi AS, yang akan terasa di seluruh dunia.

    “Angka inflasi yang keluar pada minggu ini untuk bulan Ogos telah menambah tekanan Rizab Persekutuan untuk menaikkan kadar faedah kepada satu peratus dan bukannya 0.75 peratus pada mesyuarat akan datang,” kata Dian Swonk, ketua ahli ekonomi di KPMG AS. – AP

    Pelanggan membeli-belah di sebuah pasar raya di Santa Monica, California. Kenaikan harga telah mendesak inflasi tahunan meningkat ke tahap tinggi 40 tahun, menjejas teruk pengguna dan perniagaan AS. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...