Kadar faedah rendah pacu jualan perumahan Turki

ISTANBUL – Muttalip Iscan, seorang ejen hartanah, menempatkan kain rentang di jendela hadapan sebuah flat di kejiranan mewah Istanbul sementara menunggu untuk janji temunya.

“Perniagaan telah menyaksikan peningkatan tiga atau empat kali ganda sejak awal Jun dengan peningkatan jualan yang mendadak disebabkan pengurangan kadar faedah dalam pinjaman perumahan oleh bank negeri,” beritahu Iscan melalui media.

Terletak di bahagian penting kejiranan Nisantasi berdekatan Eropah bandar terbesar Turki, flat berkeluasan 250 meter persegi dijual dengan harga 7 juta Turkish liras (AS$1.02 juta) dua bulan lalu.

“Saya begitu bimbang apabila pertama kali menggantungkan kain rentang, takut akan harga mungkin agak tinggi di bawah keadaan ekonomi yang sukar semasa pandemik COVID-19,” jelasnya.

Tetapi sejurus selepas itu, dia mula menerima banyak panggilan daripada pelanggan berpotensi berniat untuk membeli flat tersebut.

Muttalip Iscan (kanan), seorang ejen hartanah, menunjukkan sebuah apartmen kepada seorang pelanggan di Istanbul, Turki. – Xinhua
Muttalip Iscan dilihat berada di sebuah apartmen yang dijual. – Xinhua
Muttalip Iscan menunjukkan sebuah apartmen kepada seorang pelanggan. – Xinhua

Sebuah keluarga dengan empat ahli keluarga memberitahu Iscan yang mereka mahu membeli flat tersebut dan meminta surat ikatan hak milik untuk mengendalikan pemeriksaan undang-undang terakhir.

“Pinjaman meliputi 90 peratus daripada jumlah harga hartanah dengan kadar faedah yang sangat rendah, di mana hanya pembayaran 10 peratus daripada jumlah keseluruhan sudah mencukupi untuk menjadi tuan tanah,” ujar Iscan.

Jualan perumahan Turki melangkaui tiga kali ganda tahun ke tahun pada Jun kepada 190,012, meningkat daripada 61,355 pada bulan sama tahun sebelumnya, menurut angka terbaharu yang dikeluarkan oleh Turkish Statistical Institute.

Istanbul, dengan populasi lebih daripada 16 juta, diletakkan di tempat pertama dengan jualan hartanah 28,799 pada Jun, dedah data tersebut.

Sementara akhbar harian Cumhuriyet melaporkan bahawa walaupun jualan perumahan tinggi baru-baru ini, penurunan dalam sektor pembangunan negara tersebut kekal berterusan sejak tiga tahun kebelakangan.

Dalam artikel yang disiarkan pada Isnin (20 Julai lalu), akhbar harian menyebutkan lebih daripada 360,000 pekerja telah menjadi penganggur semasa tahun sebelumnya dan sektor tersebut telah mengecil dengan 14.2 peratus tahun ke tahun pada September 2019.

Bagi Metin Turkyilmaz, penulis ekonomi bebas untuk akhbar harian Dunya, masalah paling ketara dalam sektor tersebut adalah peningkatan kos. Melalui pandangannya, tanpa pengurangan bermakna dalam perbelanjaan, perkembangan jangka panjang adalah sesuatu yang tidak mungkin.

Turkyilmaz memberitahu media yang rekod terbaharu jualan mungkin satu petunjuk terhadap pemulihan, tetapi ia adalah terlalu awal untuk diberikan ulasan tanpa melihat kesan atas penjanaan pelaburan baharu.

Bercakap mengenai pinjaman rendah ditawarkan oleh bank-bank negeri, Turkyilmaz menyatakan ia bukan jangka panjang dan mungkin banyak akan mula mengalami kesukaran dalam pembayaran hutang-hutang mereka, yang mungkin meletakkan khazanah negeri dalam tekanan untuk tempoh akan datang.

Melalui pandangan Iscan, usaha terbaharu bank-bank negeri merupakan petunjuk baik untuk masa depan sektor dengan jualan akan merangsang aliran modal.

“Untuk para pembina melabur dalam projek baharu, pertama kali mereka mesti menjual rumah-rumah daripada saham untuk mendapatkan wang,” katanya. – Xinhua