Sunday, November 27, 2022
22 C
Brunei

-

Kadar inflasi Filipina meningkat kepada 6.9%

MANILA, 5 OKT – Inflasi tahun ke tahun Filipina meningkat kepada 6.9 peratus pada September berbanding 6.3 peratus pada Ogos, angka tertinggi sejak Oktober 2018, menurut Pihak Berkuasa Perangkaan Filipina (PSA) hari ini.

Angka terkini itu menjadikan inflasi purata Filipina dalam tempoh sembilan bulan pertama pada 5.1 peratus, lapor Xinhua. 

Ketua PSA Dennis Mapa berkata kenaikan harga komoditi makanan utama serta kadar elektrik selain penyusutan nilai mata wang peso Filipina, mendorong kadar inflasi pada September. Mapa berkata harga makanan dan minuman bukan alkohol mencatatkan kadar pertumbuhan tahunan yang lebih tinggi pada 7.4 peratus diikuti perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain yang mencatatkan pertumbuhan tahunan 7.3 peratus.

Sementara itu, peso Filipina susut kepada paras terendah baharu berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ditutup pada 59 peso pada Isnin. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Selatan lancar bas pandu sendiri

SEOUL, 25 NOV – Ibu negara Korea Selatan melancarkan laluan bas pandu sendiri pertama hari ini, sebahagian daripada uji kaji yang dikatakan jurutera berhasrat...
- Advertisment -