Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Kadar inflasi Malaysia boleh cecah 11.4 peratus jika tiada subsidi

    PUTRAJAYA, 21 OGOS – Kadar inflasi di Malaysia boleh mencecah sehingga 11.4 peratus sekiranya pemberian subsidi tidak dilaksanakan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

    Beliau berkata, langkah bagi mengurangkan beban kewangan rakyat menerusi pemberian subsidi, bantuan dan insentif membolehkan Malaysia merekodkan kadar inflasi 3.4 pada Julai.

    “Kalau tiada bantuan subsidi ini, Malaysia boleh merekodkan kadar inflasi pada 11.4 peratus berbanding 3.4 peratus setakat Julai lepas,” katanya pada Simposium Keluarga Malaysia: Pencapaian dan Harapan, yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

    Mustapa membentangkan laporan mengenai pencapaian ‘Keluarga Malaysia Menangani Cabaran Ekonomi’ berkata, daripada subsidi berjumlah RM77.7 bilion pada tahun ini, kerajaan telah memperuntukkan hampir separuh daripadanya iaitu sebanyak RM38.3 bilion bagi petroleum untuk RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG).

    “Dengan adanya subsidi RM77.7 billion, yang paling tinggi adalah bantuan subsidi bagi petroleum kerana harga RON95 masih pada harga RM2.05 dan diesel berharga RM2.15, walaupun harga di pasaran antarabangsa melebihi harga di negara ini,” katanya.

    Pemberian subsidi lain termasuk minyak masak sebanyak RM4.0 bilion, ayam dan telur (RM1.1 bilion), elektrik, tol dan lain-lain (RM8.2 bilion), Bantuan Keluarga Malaysia (RM8.15 bilion) serta bantuan dan insentif (RM18.1 bilion). – Bernama

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi) Datuk Seri Mustapha Mohamed menyampaikan ucapan pada majlis perasmian Persidangan Inovasi Malaysia 2022. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...