Saturday, October 5, 2024
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kadar jenayah harta benda di Tawau meningkat

    TAWAU, 7 Feb – Kadar jenayah harta benda di daerah ini mencatat peningkatan kepada 135 kes sejak 1 Jan hingga semalam berbanding 122 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

    Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata jenayah yang menyumbang serius kepada peningkatan itu terdiri daripada kes curi dan pecah rumah dengan kadar jenayah meningkat sebanyak 13 kes atau 10.7 peratus.

    “Selain polis, masyarakat juga perlu prihatin dengan memantau keselamatan kejiranan masing-masing untuk mengurangkan jenayah harta benda,” katanya kepada pemberita ketika berucap pada Majlis Perhimpunan bulanan IPD di sini hari ini.

    Dalam pada itu, menurutnya dari sudut penyiasatan untuk indeks jenayah, 71 kes diselesaikan melibatkan 135 kertas siasatan telah dilengkapkan sehingga pertuduhan dibuat. “Ini bersamaan dengan 50 peratus pertuduhan dan merupakan satu pencapaian yang baik,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda