Kadar kemalangan jalan raya meningkat di Laos

VIENTIANE, 20 OGOS – Seramai 60 orang dilaporkan terbunuh manakala 642 lagi mengalami kecederaan dalam kemalangan jalan raya di seluruh Laos pada Julai, menurut laporan terkini yang dikeluarkan oleh Menteri Keselamatan Awam Laos.

Menurut laporan jabatan polis trafik di bawah Menteri Keselamatan Awam Laos, sebanyak 428 kemalangan jalan raya dicatat di seluruh negara pada bulan Julai, dengan 60 terkorban, 642 mengalami kecederaan dan 726 kenderaan musnah.

Ibu kota Laos, Vientiane menyaksikan jumlah tertinggi kejadian kemalangan jalan raya, diikuti dengan wilayah Savannakhet dan Champasak.

Angka kemalangan jalan raya di seluruh negara meningkat pada Julai berbanding statistik pada Jun, menurut laporan.

Sebanyak 326 kejadian kemalangan dicatat di seluruh negara pada Jun, 37 daripadanya dilaporkan terkorban, 429 cedera dan 563 kenderaan musnah.

Punca utama kemalangan jalan raya di Laos adalah disebabkan oleh memandu secara laju, memandu di bawah pengaruh alkohol, pemandu menukar lorong secara mengejut dan melanggar peraturan jalan raya. – Xinhua