Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Kadar penerima dos ketiga hampir cecah 40%

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JAN – Setakat kelmarin, 27 Januari, jumlah kadar penduduk yang telah menerima tiga dos vaksin COVID-19 di Negara Brunei Darussalam telah mencatatkan peningkatan dan hampir mencecah 40 peratus iaitu 39.2 peratus.

    Bagaimanapun, menurut siaran akhbar dari Kementerian Kesihatan hari ini, kadar keseluruhan penduduk yang telah menerima sekurang-kurangnya satu dan dua dos vaksin masih kekal seperti hari sebelumnya dan belum menunjukkan sebarang pertambahan iaitu masing-masing sebanyak 94.8 peratus dan 93.9 peratus.

    Sementara itu, bagi sekatan pergerakan yang dijalankan antara pukul 12 hingga 4 pagi hari ini pula tidak mencatatkan sebarang kesalahan mahupun kompaun.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...