Kadar pengangguran Sepanyol meningkat hampir 17 peratus

MADRID, 27 OKT – Kadar pengangguran Sepanyol meningkat kepada 16.26 peratus dalam suku ketiga apabila ekonomi negara yang bergantung pada pelancongan terjejas oleh pandemik koronavirus, menurut data rasmi yang keluar hari ini.

Bacaan untuk tempoh Julai hingga September dibandingkan dengan kadar pengangguran sebanyak 15.3 peratus untuk April hingga Jun dalam ekonomi keempat terbesar zon euro, kata pejabat statistik INE dalam satu kenyataan.

Terdapat 355,000 orang tambahan yang kehilangan kerja di Sepanyol dalam suku ketiga, masih satu peningkatan berbanding suku sebelumnya apabila satu juga pekerjaan hilang, terutamanya dalam sektor pelancongan.

Jumlah penganggur mencecah 3.7 juta pada akhir September.

Angka itu tidak termasuk 650,000 orang yang menerima faedah daripada skim cuti dari bertugas kerajaan pada akhir September, menurut angka kerajaan. Kerajaan pada bulan lalu mencapai satu perjanjian dengan ketua kesatuan dan majikan untuk melanjutkan skim cuti dari tugas sehingga akhir Januari namun sektor pelancongan mendesak ia diteruskan sehingga akhir 2021.

Pelancongan amat penting kepada ekonomi Sepanyol, menyumbang kira-kira 12 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan 13 peratus daripada pekerjaan. – AFP