Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Kadar pengangguran UK kekal 3.8 peratus

    LONDON, 19 JULAI – kadar pengangguran di Britain kekal berada paras rendah dalam tempoh 50 tahun, tetapi inflasi berada pada paras tertinggi dalam tempoh beberapa dekad yang mengakibatkan nilai gaji merosot dengan mendadak, menurut maklumat rasmi yang ditunjukkan hari ini.

    Pengangguran pada kadar 3.8 peratus dalam tempoh tiga bulan hingga akhir Mei lalu, tidak menunjukkan perubahan dari suku tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Negara (ONS) dalam satu kenyataan.

    Namun jawatan kosong masih kekal hampir pada paras tertinggi.

    Ketua perangkaan pasaran buruh ONS, David Freeman menyatakan bahawa permintaan untuk tenaga kerja dengan jelas masih lagi tinggi selepas beberapa sekatan COVID dilonggarkan.

    Walau bagaimanapun, berikutan dengan kenaikan inflasi yang berlaku baru-baru ini, gaji kini jelas merosot dari segi pembayaran bonus ataupun tidak, katanya.

    “Tidak termasuk bonus, pembayaran gaji pokok sekarang merosot lebih cepat berbanding masa-masa lain sejak rekod itu bermula pada 2001,” tambahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...