Sunday, March 23, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kadar pinjaman bank di Korea meningkat

    SEOUL, 26 Jan – Kadar pinjaman bank kepada keluarga di Korea Selatan meningkat kepada yang tertinggi dalam 22 bulan berdasarkan jangkaan Simpanan Persekutuan Amerika Syarikat (AS) akan menambah kadar pada tahun ini, data bank pusat menunjukkan hari ini.

    Kadar untuk pinjaman keluarga yang dilanjutkan oleh bank merupakan kadar tahunan sebanyak 3.29 peratus pada Disember, naik 0.09 peratus peratusan mata berbanding bulan sebelumnya, menurut Bank Korea (BOK).

    Ia adalah yang tertinggi sejak Februari 2015, mengekalkan trend meningkat untuk empat bulan berturut-turut.

    Setelah menambah kadar asas sebanyak satu perempat peratusan mata pada bulan lalu, Persekutuan menandakan tiga kenaikan kadar pada tahun ini. Ia menyebabkan kadar pasaran Korea Selatan meningkat, sekali gus menambah bebanan hutang untuk keluarga.

    BOK mengurang kadar dasarnya daripada 3.25 peratus pada Julai 2014 kepada tahap rendah 1.25 peratus pada Jun tahun lalu. Kadar rendah itu menggalak keluarga membeli rumah baru dengan wang yang dipinjam. Kadar pinjaman gadai janji mencecah 3.13 peratus pada Disember, meningkat 0.09 peratusan mata berbanding bulan sebelumnya. Ia adalah pertambahan bulan kelima berturut-turut dan yang tertinggi sejak Februari 2015. Kadar deposit merosot 0.01 peratusan mata dalam tempoh sebulan kepada 2.98 peratus pada Disember.

    Kadar pinjaman untuk syarikat meningkat 0.09 peratusan mata kepada 3.54 peratus, dengan kadar untuk syarikat besar menambah 0.11 peratusan mata kepada 3.16 peratus berbanding dengan bulan sebelumnya. Kadar untuk pinjaman kepada perusahaan kecil naik 0.09 peratusan mata kepada 3.77 peratus. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda