Kadar tambang kontena mungkin naik

GENEVA, 18 NOV – Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran hari ini bahawa satu peningkatan kadar tambang pengangkutan kontena bermaksud harga lebih tinggi bagi pengguna tahun hadapan kecuali masalah dicetuskan oleh pandemik itu dapat diselesaikan.

Agensi pembangunan dan perdagangan PBB (UNCTAD) berkata tingkat harga import global boleh meningkat sehingga 11 peratus dan tingkat harga pengguna sebanyak 1.5 peratus antara sekarang dan 2023.

“Harga pengguna global akan meningkat ketara pada tahun seterusnya sehingga gangguan rangkaian bekalan perkapalan dihapuskan dan kekangan pelabuhan dan ketidakcekapan terminal ditangani,” kata UNCTAD dalam laporan Kajian Pengangkutan Maritim 2021.

Rangkaian bekalan global berdepan permintaan tidak pernah berlaku dahulu dari separuh kedua tahun 2020 dan seterusnya ketika pengguna membelanjakan ke atas barangan daripada perkhidmatan semasa sekatan pergerakan koronavirus.

Namun peningkatan dalam permintaan telah menjejaskan beberapa kekangan fizikal termasuk kontena kapal membawa kapasiti, kekurangan kontena, buruh, kesesakan di pelabuhan dan sekatan COVID-19.

Ketidaksejajaran ini membawa kepada kadar pengangkutan kontena cecah rekod ‘terutamanya dalam semua laluan perdagangan kontena’ menurut laporan.

“Peningkatan semasa dalam kadar pengangkutan akan memberi impak sangat besar ke atas perdagangan dan menghakis pemulihan sosioekonomi, terutamanya di negara-negara membangun, sehingga operasi perkapalan maritim kembali sedia kala,” kata setiausaha agung UNCTAD, Rebeca Grynspan.

“Kembali kepada normal akan melibatkan pelaburan dalam penyelesaian baharu, termasuk infrastruktur, teknologi pengangkutan dan digitalisasi serta langkah fasilitasi,” katanya. – AFP

Kontena-kontena di Pelabuhan Terminal Perkapalan Oakland pada 10 November. Tambang harga kontena boleh meningkat tahun hadapan. – AP