Saturday, January 25, 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kaedah digital mudahkan tugas penguat kuasa

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 DIS – Dengan adanya kaedah digital menerusi aplikasi TransportBN, ia berfungsi sebagai alternatif untuk memudah cara semua orang dan pihak penguat kuasa bagi memeriksa lesen memandu dan lesen kenderaan sama ada mansuh atau tidak.

    “Sebelumnya ini, sekatan lalu lintas yang dijalankan oleh pihak penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) dan Pasukan Polis Diraja Brunei akan memeriksa secara manual iaitu dengan melihat pelekat lesen kenderaan di cermin kereta dan kad lesen memandu individu untuk memastikan sama ada ia telah mansuh atau pun tidak.

    “Jadi dengan adanya aplikasi TransportBN ini, ia boleh menjadi nilai tambah kepada pihak penguat kuasa untuk memeriksa secara langsung (on the spot) lesen-lesen pemandu menerusi sistem tersebut,” kata Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd Yusof semasa menjawab persoalan mengenai bagaimana pihak penguat kuasa memanfaatkan kaedah digital tersebut.

    Di samping itu, katanya, aplikasi itu juga dapat memudahkan orang ramai untuk mengetahui dan mengingatkan bila lesen memandu dan lesen kenderaan mereka mansuh menerusi sistem tersebut.

    “Pihak JPD juga memberi peringatan kepada orang ramai menerusi penghantaran SMS dalam jangka masa sebulan sebelum lesen memandu atau lesen kenderaan mansuh,” jelasnya lagi.

    Selain itu, kongsinya, dari segi percubaan aplikasi tersebut semasa sekatan jalan raya, pihak penguat kuasa JPD juga berjaya mengesan serta merta beberapa buah kenderaan komersial yang sudah mansuh lesennya.

    Yang Berhormat Dato juga menyatakan penggunaan aplikasi itu akan terus ditambah baik dari semasa ke semasa dengan menguji serta mengambil kira pandangan dan maklum balas orang ramai khususnya.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda