Friday, December 6, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kafe banjir jadi tumpuan di Thailand

    BANGKOK, 8 OKT – Sebuah restoran Thai membawakan pemandangan air ke tahap seterusnya – pelanggannya duduk di atas kerusi kayu sambil air banjir berwarna perang mengalir di bawah meja mereka.

    Taufan tropika Dianmu dan hujan monsun lebat mengakibatkan banjir di 33 buah wilayah Thailand, menenggelami lebih daripada 300,000 kediaman dan meragut sembilan nyawa setakat ini.

    Kawasan tebing sungai di Bangkok bersiap siaga bagi banjir lebih besar dalam masa beberapa hari akan datang dan lebih banyak taufan dijangka melanda negara itu minggu depan.

    Namun krisis itu merupakan rahmat bagi Kafe Chaopraya Antique di Nonthaburi, sebahagian kawasan hulu sungai Bangkok yang luas dari pusat bandar. Pada waktu petang dan malam, restoran itu penuh dengan pelanggan yang suka makan miang kham, hidangan pembuka mulut pedas dibalut daun, ketawa dan melompat naik kerusi mereka ketika bot dan kapal tunda membawa beras melepasi Sungai Chao Phraya, menyaksikan ombak memukul air berwarna karamel ke arah mereka. – AFP

    Reaksi pelanggan di kafe tebing sungai, Kafe Chaopraya Antique ketika bot lalu dan memukul ombak ke arah kerusi mereka ketika makan di kafe banjir tersebut. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda