Kafe itik semakin terkenal di Chengdu, China

Pelanggan yang ramai di sebuah restoran China seakan-akan mengabaikan minuman mereka sebaliknya mengagumi seekor itik putih, sambil melakukan swafoto. Trend ini merupakan sesuatu yang baharu khususnya di negara yang semakin berkembang maju dengan kehadiran kafe-kafe haiwan yang terkenal.

“Hey!, W go’, sebuah perniagaan di tengah-tengah bandar raya barat daya Chengdu, seakan-akan meletakkan diri mereka sebagai tumpuan bagi generasi media sosial yang berpengaruh dan sebagainya. Empat ekor itik – baka yang diimport dari Eropah – boleh dibeli dengan harga yang tinggi sehingga mencecah 10,000 yuan setiap seekor.

Akan tetapi itik tarikan yang terdapat di restoran ini tidak dijual dan ia hanya akan berada di atas setiap meja untuk menggembirakan pelanggannya.

Mesra swafoto

Dengan harga 78 yuan, pelanggan boleh menghabiskan masa sehingga 90 minit bersama itik-itik ini, di mana itik ini akan digambar dan berswafoto bersama pelanggan. “Ia sangat seronok dan tidak membebankan – tidak seperti itik yang berenang, tidak patuh,” kata seorang pelanggan, Suen.

Luo Yaochi berusia 26 tahun mengasaskan kafe itik terkenal itu bersama dengan tiga orang yang lain dan berkata bahawa idea merealisasikan kafe tersebut muncul ketika dia baru-baru ini membesarkan itik peliharaannya sendiri. “Semua orang suka itik,” katanya kepada AFP.

Pelanggan juga boleh meluangkan masa dengan kehadiran dua ekor lagi haiwan baharu malah apa yang comel, haiwan kecil tersebut boleh dimasukkan ke dalam troli kecil berwarna merah jambu dan menghiburkan pelanggan. – AFP

Trend ini merupakan sesuatu yang baharu khususnya di negara yang semakin berkembang maju dengan kehadiran kafe-kafe haiwan yang terkenal. – AFP