Kafe-kafe di bandar raya kembali dipenuhi penduduk Paris

PARIS – Paris menemui semula joie de vivre, ketika kafe dan restoran dibuka semula untuk pertama kalinya sejak penutupannya akibat COVID-19 yang merebak dengan pantas serta memaksa mereka menutup pintu-pintu kedai mereka pada 14 Mac lalu.

Banyak pelanggan nampaknya sudah mula menanggalkan penutup mulut dan hidung dan tidak melakukan penjarakan sosial ketika mereka boleh kembali ke kafe-kafe berdekatan dengan mereka untuk minum kopi espresso di waktu pagi atau menikmati sarapan pagi dengan tiga pilihan hidangan. Mereka kini bebas untuk meneruskan gaya hidup mereka apabila pengumuman mengejutkan dibuat oleh presiden Perancis itu sendiri.

“Kami akan menemukannya kembali, seni hidup, cita rasa kebebasan kami,” kata Presiden Emmanuel Macron dalam ucapan khas yang disiarkan di negara itu pada malam Ahad, atas alasan kemajuan dalam memerangi virus itu.

“Kami akan menemui semula Perancis.” Setelah dua bulan ditutup sepenuhnya sebagai sebahagian daripada tindakan sekatan pencegahan virus yang ketat di Perancis, restoran di luar wilayah Paris dibuka semula awal bulan ini.

Sejak 2 Jun, kafe di Paris dibenarkan melayani pelanggan yang duduk di luar tetapi tidak membuka pintu-pintu kedai mereka. Sebelum Macron membuat ucapan, pembukaan semula yang tidak dijangka sehingga akhir bulan ini.

Seorang pelayan mengambil pesanan di restoran La Coupole, di Paris. Paris menemui semula kehidupan mereka, kerana kafe dan restorannya dibuka semula untuk pertama kalinya sejak virus memaksa mereka menutup pintu kedai-kedai mereka pada 14 Mac lalu. – AP
Seorang pelayan membawa hidangan makanan untuk pelanggan yang datang di restoran La Coupole, di Paris. Beberapa restoran di luar wilayah Paris dibuka semula awal bulan ini dan kafe Paris dibenarkan untuk melayan pelanggan di luar kafe tetapi tidak membuka pintu kedai mereka. – AP

Sebuah, kafe bernama Cafe Des Anges di tengah-tengah kejiranan bandar Bastille di Paris, pelanggan kelihatan senang untuk kembali semula seperti kehidupan biasa dan mereka tetap bercakap mengenai keperluan untuk tetap berhati-hati, meskipun hampir tidak ada yang memakai penutup mulut dan hidung.

Perancis mempunyai jumlah kes tertinggi di dunia iaitu kelima tertinggi yang disahkan dijangkiti virus COVID-19 dan sebanyak 29,410 kes kematian.

“Ini seperti kembali bangkit, tetapi dengan berhati-hati,” kata salah seorang pelanggan di kafe tersebut, Marie-Elisabeth Vilaine.

Walau bagaimanapun, kafe-kafe dan restoran-restoran yang dibuka semula membuat banyak pemilik restoran menjadi leka seperti penutupan mengejutkan tiga bulan yang lalu, ketika perdana menteri mengumumkan pada pukul 8 malam bahawa semua restoran di negara ini terpaksa ditutup menjelang tengah malam.

Paris kelihatan sangat tertekan kerana restoran-restoran, sumber kehidupan kota itu, ditutup, kerusi diketepikan di tingkap, buku menu hanya dilitupi habuk.

Setelah tiga bulan mengalami kerugian, beberapa pemilik restoran khua-tir akan memerlukan masa yang lama untuk perniagaan kembali semula.

Beberapa restoran Perancis menjalani eksperimen dengan menggunakan penghadang plastik dan sistem penapisan udara untuk menenangkan ketakutan.

Risiko gelombang kedua virus tetap nyata dan menjadi kebimbangan penduduk, terutamanya setelah kluster baharu virus terjadi di beberapa buah negara dan negara AS adalah antara negara yang dikesan setelah mereka membuka semula restoran-restoran dan beberapa tempat lain.

Pengurus Kafe des Anges, Virgile Grunberg yang tetap mengarahkan pekerjanya memakai penutup mulut dan hidung mengatakan bahawa dia mengalami kerugian ratusan ribu euro kerana penutupan itu, tetapi berharap untuk kembali pulih kerana dia mempunyai pelanggan setia.

“Orang ramai merindukan kafe ini, kerana mereka selalu datang setiap pagi sebelum bekerja, minum kopi dan berbincang-bincang di sini,” katanya.

“Ia adalah bahagian Paris.” Tetapi dia mengakui bahawa “sangat sukar untuk mengawal orang-orang yang duduk di restoran bagi melakukan penjarakan sosial, jika mereka ingin bersama, akan menjadi sukar untuk mencegah mereka melakukannya.”

Satu pendapatan penting yang masih tidak ada kelihatan di Perancis ialah pelancong.

Perancis membuka sempadannya ke negara-negara Eropah yang lain Isnin lalu, seperti juga beberapa negara jirannya, dengan harapan dapat menarik beberapa pengunjung kembali.

Tetapi pelancong dari AS, Asia dan beberapa benua lain tidak akan dibenarkan kembali sehingga sekurang-kurangnya 1 Julai ini dan pihak berkuasa Perancis dapat mengenakan semula sekatan sekiranya berlaku jangkitan baharu.

Pelancong Britain, di seberang laut, menghadapi kuarantin 14 hari ketika mereka memasuki Perancis. Pelanggan kafe Paris, Thierry Lanternier menyambut baik pelonggaran sekatan virus, dengan mengatakan, “Mari kita berharap ia terus bertahan.” – AP