Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Kafe kembali beroperasi

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 MAC – Sebuah kafe popular telah dibenarkan beroperasi semula selepas dikenakan Notis Mengosongkan Unit Premis pada 31 Januari lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi), Kementerian Pembangunan, di sini, pihak kafe telah menghadapkan permohonan bagi mendapatkan permit Kesiapan Kemajuan iaitu Occupation Permit (OP), pada 10 Mac dan permohonan telah diluluskan pada hari yang sama.

    Sehubungan itu, Kementerian Pembangunan menyarankan kepada pemaju termasuk pemilik, pengusaha serta penyewa unit dan premis bangunan, untuk saling berhubung dengan orang yang berkelayakan yang dilantik dan bertanggungjawab bagi memaklumkan kepada pemaju mengenai status permohonan-permohonan kemajuan yang telah dihadapkan kepada ABCi serta sebarang perkara tunggakan yang masih perlu diselaraskan bersama agensi-agensi berkaitan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...