Monday, March 17, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kafe Magnum dirasmikan

    Oleh Salawati Haji Yahya

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Jan – Royal Brunei Catering (RBC) yang membawakan jenama aiskrim terkenal, Magnum hari ini merasmikan Kafe Magnum Bandar Seri Begawan yang terletak di Bangunan Citis Square, Berakas.

    Hadir merasmikan kafe itu ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

    Pada perasmian itu, Yang Berhormat Pehin turut menandatangani plak perasmian kafe berkenaan dan turut hadir menyaksikan pelancaran rasmi kafe itu ialah Timbalan Menteri Kewangan (Fiskal) merangkap Pengerusi RBC, Dato Paduka Haji Hisham bin Haji Mohd Hanifah.

    Hadir sama ialah Ahli Lembaga RBC, Ainadin Cader dan Pengarah Pemasaran Makanan dan Minuman Unilever (M) Holdings Sdn Bhd, Shiv Sahgal.

    Yang Berhormat Pehin merasmikan Kafe Magnum.
    Yang Berhormat Pehin merasmikan Kafe Magnum.
    Yang Berhormat Pehin mendatangani plak perasmian.
    Yang Berhormat Pehin mendatangani plak perasmian.

    Pengarah Urusan RBC, Awang Ahmad Hussaini bin Hassan mengatakan kafe itu direka dengan suasana santai dan bergaya, menawarkan jenama aiskrim terkemuka dengan kandungan coklat Belgian yang menjadi kegemaran peminat Magnum.

    Menurutnya, semenjak pembukaan awal kafe berkenaan pada awal Disember lalu, Kafe Magnum itu telah berjaya menarik hati pengunjung yang mahukan hidangan pencuci mulut sempurna untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda