Kafe, restoran dibuka semula di Greece

ATHENS, GREECE, 3 MEI – Kafe dan restoran dibuka semula di Greece hari ini untuk pertama kalinya dalam hampir enam bulan, ketika negara itu mula mengurangkan sekatan berkaitan dengan koronavirus dengan tujuan untuk membuka industri pelancongan penting pada musim panas ini.

Kafe, restoran dan bar sebelum ini ditutup semua kecuali perkhidmatan bawa balik dan penghantaran ketika langkah-langkah sekatan dikenakan pada awal November lalu, dibuka semula untuk perkhidmatan tempat duduk di luar sahaja. Tempat duduk dengan jarak tertentu untuk menjaga penjarakan sosial, sementara pelanggan berdiri dan muzik tidak dibenarkan.

Pembukaan semula itu diadakan pada hari cuti kebangsaan dan ramai orang memanfaatkan cuaca hangat pergi ke kafe.

Maksimum enam pelanggan dibenarkan setiap meja, sementara kakitangan mesti melakukan ujian koronavirus wajib. Perintah berkurung pada jam 9 malam dilanjutkan kepada pada pukul 11 ​​malam hari ini, dengan bar, restoran dan kafe dibenarkan untuk dibuka sehingga 15 minit sebelum waktu perintah berkurung. – AP