TOKYO – Di sebuah kafe di Tokyo, Michio Imai menyapa seorang pelanggan, tetapi bukan bersendirian. Dia berada beberapa ratus kilometer, mengendali pelayan robot sebagai sebahagian daripada uji kaji dalam pekerjaan inklusif.
Robot di kafe Dawn dicipta supaya bersifat lebih daripada satu gimik, menawarkan peluang pekerjaan kepada orang yang mendapati sukar untuk bekerja di luar rumah.
“Hai. Apa khabar?” sapa robot putih berbentuk seperti anak penguin dari satu kaunter berhampiran pintu masuk, mengalih mukanya kepada pelanggan dan melambai sayap siripnya.
Imai berada di sebalik kawalan di rumahnya di Hiroshima, 800 kilometer dari kafe, salah seorang daripada 50 pekerja dengan kecacatan fizikal dan mental yang bekerja sebagai ‘pengemudi’ Dawn, mengendalikan kakitangan robot.
Kafe itu dibuka di tengah daerah Tokyo Nihonbashi pada Jun dan menggaji pekerja dari seluruh Jepun dan luar negara, serta beberapa kakitangan yang bekerja di tapak bangunan.
Pada asalnya ia dijadual dibuka pada tahun lalu serentak dengan Paralimpik, tetapi pembukaan telah ditunda akibat pandemik, sama seperti Sukan, yang bermula pada Selasa.
Kira-kira 20 robot kecil dengan mata berbentuk buah badam duduk di meja dan bahagian lain dalam kafe, yang tidak mempunyai tangga dan lantai kayu yang rata yang cukup besar untuk kerusi roda.
Mesin bernama OriHime memaparkan kamera, mikrofon dan speaker untuk membenarkan operator berkomunikasi dengan pelanggan dari jauh.
“Boleh saya ambil pesanan anda?” tanya sebuah robot, bersebelahan dengan tablet yang menunjukkan menu burger, kari dan salad.
Ketika pelanggan berbual dengan pengemudi yang mengendalikan robot mini, tiga robot versi manusia yang lebih besar bergerak di sekeliling menghidangkan minuman atau mengalu-alukan pelanggan di pintu masuk kafe.
Malah terdapat robot pelayan berpakaian apron warna perang di bar yang membuat kopi dengan mesin Perancis.
Namun robot sebahagian besarnya merupakan medium yang digunakan oleh pekerja untuk berkomunikasi dengan pelanggan.
“Saya bercakap dengan pelanggan kami mengenai pelbagai topik, termasuk cuaca, kampung halaman saya dan keadaan kesihatan saya,” kata Imai, yang mempunyai gangguan simptom fizikal yang membuatkan dia amat sukar meninggalkan rumah.
“Asalkan saya hidup, saya mahu memberikan sesuatu kepada komuniti dengan bekerja. Saya rasa gembira jika saya boleh menjadi sebahagian daripada masyarakat.”
Operator lain mempunyai pelbagai masalah ketidakupayaan, termasuk pesakit Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) yang menggunakan pergerakan mata di panel digital khas untuk menghantar isyarat kepada robot.
Projek tersebut merupakan gagasan Kentaro Yoshifuji, seorang usahawan yang menubuhkan bersama syarikat Ory Laboratory yang membangunkan robot berkenaan.
Selepas mengalami beberapa siri masalah kesihatan semasa masih kecil yang menyebabkannya tidak dapat bersekolah, dia mula memikirkan mengenai cara-cara untuk membawa orang dalam tenaga kerja meskipun mereka tidak dapat meninggalkan rumah.
“Saya memikirkan mengenai bagaimana orang boleh mempunyai pilihan pekerjaan apabila mereka mahu bekerja,” kata lelaki berusia 33 tahun itu.
“Ia adalah satu tempat di mana orang boleh mengambil bahagian dalam masyarakat.”
Dia menubuhkan kafe itu dengan sokongan daripada syarikat besar dan pembiayaan orang ramai, dan berkata uji kaji itu adalah lebih mengenai robot.
“Pelanggan di sini bukan datang ke lokasi ini hanya untuk berjumpa dengan OriHime,” beritahunya kepada AFP di kafe.
“Terdapat orang yang mengendali OriHime di belakang tabir dan pelanggan akan kembali untuk berjumpa dengan mereka.”
Pelancaran kafe diadakan dengan Paralimpik dijadual dibuka pada 24 Ogos dan penyokong golongan yang tidak upaya memperdebat kemajuan Jepun mengenai keterangkuman dan aksesibiliti.
Sejak Tokyo memenangi bidaan untuk menganjur Sukan pada 2013, ia telah berusaha untuk menjadikan kemudahan awam lebih mudah diakses.
Namun sokongan terhadap keterangkuman masih terhad, kata Seiji Watanabe, ketua pertubuhan tidak meraih keuntungan di tengah wilayah Jepun Aichi yang menyokong pekerjaan untuk orang yang kehilangan upaya.
Pada Mac, kerajaan meminda peraturan untuk menambah nisbah minimum pekerja kurang upaya di sebuah syarikat daripada 2.2 peratus kepada 2.3 peratus.
“Tahap tersebut adalah terlalu rendah,” beritahu Watanabe kepada AFP.
“Dan syarikat Jepun tidak mempunyai budaya mengaji pelbagai sumber manusia atas inisiatif mereka sendiri.”
Di Dawn, Mamoru Fukaya berkata dia dan anak lelakinya yang berusia 17 tahun sedang menikmati makan tengah hari di kafe baru-baru ini.
“Pengendali amat peramah,” kata lelaki berusia 59 tahun itu.
“Memandangkan dia berkata dia tidak dapat bekerja di luar rumahnya, adalah bagus terdapatnya peluang seperti ini.”
Yoshifuji sedang menumpu pada projek kafe sekarang, namun berfikir robot mungkin menjadikan Paralimpik lebih inklusif pada satu hari nanti.
“Timbulnya kemungkinan Paralimpik baharu boleh diwujudkan untuk mereka yang terlantar sakit di katil,” katanya.
“Malah kami mungkin boleh mewujudkan sukan baharu. Ia akan menjadi amat menarik.” – AFP