Friday, December 8, 2023
24.5 C
Brunei

    -

    Kagawa kembali bersama Cerezo Osaka di Liga-J

    TOKYO, 1 FEB – Bekas pemain antarabangsa Jepun, Shinji Kagawa kembali ke Liga Jepun (Liga-J) bersama Cerezo Osaka hari ini, selepas lebih sedekad di Eropah termasuk tempoh di Manchester United dan Borussia Dortmund.

    Pemain berusia 33 tahun itu memulakan kariernya bersama Cerezo sebelum menyertai Dortmund pada 2010 dan membantu pasukan Jurgen Klopp memenangi dua kejuaraan Bundesliga dan satu Piala Jerman.

    Dia kemudian berpindah ke Manchester United pada 2012 dan memenangi Liga Perdana pada musim terakhir Alex Ferguson sebagai pengurus, tetapi tidak disenangi di bawah pengganti David Moyes dan kembali ke Dortmund pada 2014.

    Dia memenangi satu lagi Piala Jerman di sana pada 2017 dan menjaringkan sejumlah 60 gol dalam lebih 200 penampilan keseluruhan untuk kelab Jerman itu.

    Dia kemudiannya beraksi di Turki, Sepanyol, Greece dan Belgium, tempat terakhir dia bermain untuk Sint-Truiden.

    Kagawa memenangi 97 penampilan untuk Jepun, menjaringkan 31 gol dan bermain di dua Piala Dunia.

    Cerezo menduduki tempat kelima dalam Liga-J musim lalu. Musim baharu bermula pada 17 Februari. – AFP

    Gambar fail aksi bekas pemain antarabangsa Jepun, Shinji Kagawa. Dia kini kembali ke Liga-J bersama Cerezo Osaka. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Undang-undang pilihan raya Hong Kong baharu tipiskan kumpulan calon

    HONG KONG, 8 DIS - Salah seorang ahli majlis pro-demokrasi Hong Kong yang paling lama berkhidmat menganjurkan parti perpisahan dengan penduduknya pada akhir Disember....

    5 maut dalam kebakaran