Sunday, March 23, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kahwin Letop dapat sambutan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Ogos – Festival perkahwinan Kahwin Letop di Stadium Tertutup Hassanal Bolkiah Berakas anjuran Battle Pro MMS yang berakhir hari ini telah berlangsung dengan jayanya.

    Lebih daripada 20 jenama produk dan perkhidmatan telah ditawarkan seperti butik, foto dan videografi servis, jurumekap artis, servis katering, dan banyak lagi, untuk meringankan persediaan perkahwinan dan mewujudkan saat-saat istimewa kepada pasangan pengantin.

    Hari ini juga, semua pasangan berpeluang untuk memenangi hadiah menarik berbulan madu percuma ke Bali atau Phuket.

    Bagi setiap pembelian dan deposit yang dibuat di Kawin Letop, bakal pengantin mendapat satu tiket untuk peluang memenangi hadiah utama, dan satu cabutan untuk memenangi hadiah lain yang ditawarkan.

    Antara pengunjung yang diberikan keterangan mengenai perkhidmatan menarik yang ditawarkan semasa festival perkahwinan Kahwin Letop tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda