Kai EXO berkolaborasi dengan Gucci

Jenama mewah Itali, Gucci buat pertama kalinya memperkenalkan Gucci Capsule Collection kolaborasi bersama artis Korea terkenal iaitu Kai EXO, dengan item bertemakan beruang untuk tarikan orang ramai.

Kai EXO, menjadi duta Gucci Global pertama Korea selama dua tahun berturut-turut dan kini, beliau menjadi selebriti pertama Korea yang mempunyai Gucci Capsule Collection Collab. Koleksi KAIxGucci adalah koleksi beruang, haiwan kegemaran Kai.

“Saya rasa saya dapat memakainya dengan lebih comel kerana beruang yang dilukis di sana sini. Setiap peringkat umur boleh memakainya setiap hari,” kata Kai.

Menurut TeenVogue, motif beruang berasal dari nama samaran yang diberikan oleh peminatnya yang menyatakan beliau kelihatan seperti beruang.

“Peminat memberikan saya panggilan ini, menyatakan bahawa saya kelihatan seperti beruang. Pada mulanya, saya berkata ‘beruang apakah saya?’, kemudian saya mula melihat karakter beruang semakin kerap,” kata Kai.

Kai secara terbuka berkongsi pendapatnya mengenai jenama Gucci yang melancarkan koleksi dengan Selebriti Korea. Kai menyatakan bahawa beliau sangat bersyukur dan gembira mempunyai koleksi yang diberi nama sendiri.

“Saya bersyukur dan gembira. Bukan mudah untuk mempunyai koleksi yang diberi nama saya sendiri. Ini adalah peluang yang sangat bagus, saya sangat gembira kerana ia datang kepada saya.” – Kai EXO – Agensi

Kai EXO, menjadi duta Gucci Global pertama Korea selama dua tahun berturut-turut dan kini, beliau menjadi selebriti pertama Korea yang mempunyai Gucci Capsule Collection Collab. – Agensi