Kai (EXO) jadi bintang Kpop atas permintaan bapa

ANGGOTA kumpulan EXO iaitu Kai mendedahkan dalam satu temu bual baru-baru ini dia tidak pernah berhasrat untuk bergelar seorang bintang Kpop.

Sebaliknya kata Kai, dia menghadiri uji bakat bersama SM Entertainment untuk bergelar artis kerana memenuhi permintaan bapanya.

“Jujurnya saya tidak berminat untuk menjadi seorang bintang Kpop tetapi kerana permintaan bapa saya hadiri uji bakat bersama SM Enertainment dan tidak menyangka saya terpilih.

“Sebenarnya pada hari saya pergi uji bakat, saya juga ada ujian untuk menyertai sebuah sekolah seni yang mempunyai pengkhususan dalam tarian balet.

“Tetapi saya pilih untuk pergi uji bakat sebagai bintang Kpop kerana ingin menunaikan impian bapa saya,” katanya seperti dipetik dari Koreaboo.

Kai (EXO) mendedahkan dia tidak pernah berhasrat untuk bergelar bintang Kpop.
Kai (EXO) mendedahkan dia tidak pernah berhasrat untuk bergelar bintang Kpop.

Dalam pada itu, Kai berkata, tahun 2017 bakal memperlihatkan dia akan memberi fokus kepada karier solo termasuk berlakon drama dan filem.

Bagaimanapun katanya, itu tidak bererti mereka akan bawa haluan masing-masing sebaliknya akan kembali dengan album terbaru bersama EXO.

“Tahun 2016 kami sibuk dengan aktiviti promosi album dan single seperti Monster, Lotto dan For Life.

“Buat masa ini kami akan fokus kepada projek solo kerana ingin mencuba peluang berbeza,” katanya.